DUNIA
Trump, Von der Leyen akan bertemu menjelang tarikh akhir tarif baharu ke atas EU
Pertemuan itu berlangsung menjelang tarikh akhir 1 Ogos, apabila Trump dijangka mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas import dari EU susulan dakwaan ketidakseimbangan perdagangan. - Gambar fail/ Reuters
TURNBERRY (United Kingdom): Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual mengadakan pertemuan di Scotland pada Ahad, hanya beberapa hari sebelum tarikh akhir pelaksanaan tarif baharu AS ke atas barangan import dari Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Jerman dpa.
Pertemuan dijadual berlangsung di Turnberry, lokasi Trump menghabiskan masa bermain golf pada Sabtu, diadakan selepas rundingan berbulan antara Brussels dan Washington.
Sebelum berlepas ke Scotland, Trump sekali lagi menyatakan pandangannya bahawa peluang untuk mencapai persetujuan adalah "50-50", selari dengan kenyataan beliau sebelum ini.
"Kami akan bertemu dengan EU dan sekiranya berjaya, ini akan menjadi perjanjian terbesar antara semua," katanya.
Pertemuan itu berlangsung menjelang tarikh akhir 1 Ogos, apabila Trump dijangka mengenakan tarif sebanyak 30 peratus ke atas import dari EU susulan dakwaan ketidakseimbangan perdagangan.
Bagaimanapun, Presiden AS turut memberi isyarat bahawa kadar tarif itu boleh diketepikan sekiranya blok Eropah membuka lebih banyak akses pasaran kepada produk AS.
EU berusaha mencapai perjanjian dengan Washington sejak beberapa minggu lalu bagi mengelakkan kenaikan tarif terhadap produk Eropah.
Menurut jurucakap Presiden Suruhanjaya Eropah, pertemuan itu akan memberi ruang kepada von der Leyen dan Trump "menilai semula rundingan dan meneroka potensi hasil yang seimbang demi memastikan kestabilan dan kepastian kepada perniagaan serta pengguna di kedua-dua belah Atlantik."
Canselor Jerman, Friedrich Merz baru-baru ini turut memberi bayangan bahawa penyelesaian terhadap pertikaian perdagangan itu mungkin semakin hampir.
Trump sebelum ini juga mencapai perjanjian tarif dengan Jepun, dengan kadar 15 peratus -- jauh lebih rendah daripada kadar yang dicadangkan pada awalnya.
-- BERNAMA