DUNIA
Trump yakin AS–Korea Selatan mampu capai penyelesaian selepas ancam tarif 25 peratus
Presiden Trump menyatakan keyakinan bahawa Washington dan Seoul mampu mencapai penyelesaian susulan pengumumannya sehari sebelum itu bahawa beliau akan menaikkan tarif ke atas import dari Korea Selatan kepada 25 peratus.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Selasa menyatakan keyakinan bahawa Washington dan Seoul mampu mencapai penyelesaian susulan pengumumannya sehari sebelum itu bahawa beliau akan menaikkan tarif ke atas import dari Korea Selatan kepada 25 peratus.
“Kita akan selesaikan sesuatu dengan Korea Selatan,” katanya kepada wartawan ketika berlepas dari White House untuk menyampaikan ucapan di Iowa, tanpa menghuraikan lanjut.
Ketua perunding perdagangan AS, Jamieson Greer berkata kepada Fox Business Network, beliau telah menghubungi pegawai Korea Selatan pada awal Selasa dan dijadualkan bertemu wakil perdagangan Seoul di Washington minggu ini.
“Kami rasa mereka sudah memahami mesej ini,” ujar Wakil Perdagangan AS itu.
“Kami tiada sebarang masalah khusus dengan Korea. Mereka sekutu kami. Tetapi dari segi ekonomi, semuanya perlu seimbang.”
Menurut Greer, defisit perdagangan AS dengan Korea Selatan melonjak kepada AS$65 bilion sepanjang pentadbiran Biden, sesuatu yang disifatkannya sebagai “tidak mampan dan perlu diperbetulkan.”
Pada Isnin, Trump melalui satu hantaran di media sosial mengumumkan kenaikan tarif tersebut kerana mendakwa Parlimen Korea Selatan gagal memenuhi komitmen dalam perjanjian yang dicapainya bersama Presiden Korea Selatan tahun lalu.
Pengumuman itu mengejutkan pegawai Seoul dan memaksa mereka merangka respons segera terhadap keputusan yang berpotensi menjejaskan ekonomi negara yang bergantung kepada eksport.
Greer menjelaskan, AS sebelum ini telah menurunkan tarif ke atas barangan Korea Selatan kepada 15 peratus, berbanding kadar asal 25 peratus, sebagai pertukaran kepada komitmen Seoul untuk melabur AS$350 bilion di AS, membuka lebih banyak akses kepada kereta AS, serta menghapuskan beberapa sekatan bukan tarif dalam sektor pertanian.
“Tetapi sehingga kini, mereka masih belum meluluskan rang undang-undang untuk melaksanakan pelaburan tersebut,” jelasnya, sambil menambah Korea Selatan juga belum memenuhi komitmen lain dalam sektor pertanian dan perindustrian.
“Agak sukar untuk kami terus memegang janji kami apabila mereka belum bergerak cukup pantas melaksanakan bahagian mereka,” katanya.
Parlimen Korea Selatan dijangka bersidang semula hanya pada Februari, ketika kebiasaannya Ahli-Ahli Parlimen mengundi rang undang-undang.
Ketika ini, lima rang undang-undang berkaitan pelaburan AS masih tertangguh, dan parti pemerintah menyatakan keyakinan ia boleh diluluskan bulan depan.
Awal bulan ini, Menteri Kewangan Korea Selatan, Koo Yun-cheol berkata, kerajaan berhasrat melaksanakan pakej pelaburan itu secepat mungkin, namun mengakui keputusan Mahkamah Agung AS mengenai tarif Trump yang dijangka diumumkan tidak lama lagi - boleh mempengaruhi proses tersebut.
Namun beliau turut menjelaskan bahawa pelaksanaan pelaburan AS$350 bilion itu tidak mungkin bermula pada separuh pertama 2026 berikutan kejatuhan nilai mata wang won. - Agensi