DUNIA
Trump-Jinping bakal bersemuka di APEC Korea Selatan - Laporan
Kedua-dua negara sedang berusaha untuk mencapai penyelesaian terhadap perang tarif yang semakin memuncak dan telah menjejaskan perdagangan serta rantaian bekalan global. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkemungkinan akan mengadakan lawatan ke China sebelum menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dijadual berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November.
Ringkasan AI
Mememtik laporan South China Morning Post pada Ahad, Trump dan Xi Jinping turut berkemungkinan akan bertemu di luar acara sidang itu di Korea Selatan.
Memetik beberapa sumber, laporan itu menyatakan kedua-dua negara sedang berusaha untuk mencapai penyelesaian terhadap perang tarif yang semakin memuncak dan telah menjejaskan perdagangan serta rantaian bekalan global.
Menurut seorang individu yang mengetahui perkara itu, perbincangan mengenai pertemuan antara kedua-dua pemimpin telah diadakan, namun tarikh dan lokasi rasmi masih belum diputuskan.
Trump sebelum ini mencadangkan kadar tarif asas umum sebanyak 10 peratus ke atas barangan import dari semua negara, dengan kadar lebih tinggi dikenakan terhadap negara yang dianggap “bermasalah”, termasuk China.
Ketika ini, kadar tarif ke atas barangan dari China mencecah 55 peratus.
Beliau menetapkan tarikh akhir pada 12 Ogos bagi AS dan China untuk mencapai persetujuan tarif yang mampan.
Jurucakap Trump tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen berhubung rancangan pertemuan dengan Jinping pada musim luruh ini.
Pertemuan peringkat tinggi terakhir antara kedua-dua negara berlangsung pada 11 Julai lalu, apabila Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dan Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan yang disifatkan sebagai produktif dan positif di Malaysia, membincangkan hala tuju rundingan perdagangan.
Kali terakhir Trump dan Jinping bersemuka adalah pada 2019 sewaktu penganjuran Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Osaka, Jepun.
Ringkasan AI
- Presiden Donald Trump berkemungkinan akan mengunjungi China sebelum Mesyuarat APEC, dengan cadangan pertemuan bersama Presiden Xi Jinping sama ada di China atau Korea Selatan.
- Kedua-dua negara sedang cuba mencapai persetujuan berhubung perang tarif yang telah menjejaskan perdagangan dan rantaian bekalan global, menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Trump pada 12 Ogos.
- Kadar tarif terhadap barangan China kini mencecah 55%, dengan pertemuan terakhir antara pemimpin kanan berlangsung di Malaysia pada Julai lalu, menunjukkan sedikit perkembangan positif dalam hubungan kedua-dua negara.