DUNIA

Tsunami kuat landa bandar Palu, Sulawesi Tengah

Astro Awani 28/09/2018 | 14:01 MYT
Antara imej bencana tsunami di Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah yang diperoleh daripada video amatur pada Jumaat. - Gambar fail
Agensi Geofizik Indonesia mengesahkan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud telah mencetuskan tsunami kuat di Donggala, Sulawesi Tengah.

Beberapa pengguna Twitter berkongsi video sebaik ombak berukuran 2 meter membadai pantai di kawasan Palu.

Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan terkini dan masih belum menerima sebarang laporan kematian di sana.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Agensi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia sebelumnya telah menarik balik amaran tsunami selepas beberapa jam gempa itu berlaku.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Agensi Mitigasi Bencana Nasional dilaporkan berkata, mereka mengalami kesukaran untuk menghubungi pihak berkuasa di Donggala dan Palu memandangkan rangkaian telekomunikasi yang terjejas selain bekalan elektrik pula terputus.

"Banyak bangunan-bangunan yang telah ranap akibat gempa bumi," menurut juru cakap Sutopo Purtwo Nugroho dalam satu kenyataan hari ini.

"Penduduk panik dan terpaksa keluar meninggalkan kediaman mereka," katanya.

BACA: Ayah Pasha 'Ungu' risau keselamatan anaknya di Palu

Kedudukan Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah. - Google Maps


Pelbagai video menggambarkan tsunami berkenaan mula viral sejak jam 9 malam tadi.

Nugroho turut berkata, pihak mencari dan menyelamat sudah mula dihantar ke kawasan yang dilanda tsunami.

Sejumlah 600,000 penduduk berada di Donggala dan Palu.

Buat masa ini, lapangan terbang Palu telah ditutup sejak 7.30 malam tadi.





#agensi meteorologi indonesia #bencana alam #donggala #Palu #tsunami #Twitter