awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan anjing Chihuahua yang mati sakit jantung dikejar German Shepherd dapat pampasan

AFP
AFP
07/02/2015
09:57 MYT
Tuan anjing Chihuahua yang mati sakit jantung dikejar German Shepherd dapat pampasan
Mahkamah memutuskan pemilik anjing German Shepherd gagal mengawal haiwan peliharaannya dan mengarahnya untuk membayar pampasan sebanyak us$1,850 dan juga kos pengebumian anjing Chihuahua itu. - Gambar fail
Mahkamah Jepun hari ini memberikan pampasan kepada pemilik seekor anjing jenis Chihuahua termasuk kos pengebumiannya selepas binatang peliharaannya itu mati sakit jantung apabila dikejar seekor anjing German Shepherd.
Anjing kenit yang berusia 15 tahun itu sedang berjalan di bandar Sakai pada Februari tahun lalu ketika anjing baka German Shephard itu mengejarnya, lapor The Mainichi Shimbun Newspaper.
Ekoran kejadian itu, anjing Chihuahua tua itu berada dalam keadaan menggelabah yang mengakibatkannya mengalami serangan jantung secara tiba-tiba sebelum mati.
Mahkamah Daerah Osaka memutuskan pemilik anjing Shepherd itu gagal mengawal anjingnya dengan rapi.
Anjing dewasa German Shepherd mempunyai berat kira-kira 20 kali ganda daripada anjing Chihuahua yang biasa, kata pakar haiwan.
“Bagi seekor anjing yang kecil, dikejar anjing yang besar adalah satu ancaman. Anjing itu mengalami satu serangan jantung yang serius sebelum mati,” kata Ketua Hakim Masafumi Kawabata, lapor Nikkei Newspaper.
Mahkamah memutuskan pemilik Anjing German Shepherd gagal mengawal haiwan peliharaannya dan mengarahnya untuk membayar pampasan sebanyak US1,850 (RM6, 475) dan juga kos pengebumian anjing Chihuahua itu.
Pengebumian binatang peliharaan adalah perkara biasa di Jepun, yang merupakan wilayah pencinta anjing di mana abu bangkai binatang mereka selalunya disimpan dalam bekas abu mayat dan diletakkan ruang tamu bersama gambarnya.
Rakyat Jepun selalunya memelihara anjing yang bersaiz kecil yang sesuai dengan ruang bandar dan perumahan yang terhad.
Topic Berkaitan
#Chihuahua
#German Shepherd
#osaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan