awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan Tuan sudah tiada, mati akibat serangan sawan

Faida Rahim
Faida Rahim
19/11/2022
11:27 MYT
Tuan Tuan sudah tiada, mati akibat serangan sawan
Zoo Taipei memberitahu panda itu tidak dapat dirawat dan tidak lagi boleh 'menjalani kehidupan berkualiti'. - AP
TAIPEI: Seekor panda jantan yang dihadiahkan oleh China kepada Taiwan sebagai simbol hubungan baik, telah menghembuskan nafas terakhirnya, semalam (Sabtu).
Memetik laporan NDTV, Zoo Taipei memaklumkan panda yang diberi nama Tuan Tuan itu beberapa kali mengalami serangan sawan.
"Pasukan perubatan kami telah mengesahkan bahawa jantung Tuan Tuan berhenti berdegup pada pukul 1:48 petang waktu tempatan,” kata pihak zoo itu dalam satu kenyataan ringkas.
Dalam sebuah kenyataan berasingan, Zoo Taipei memberitahu panda itu tidak dapat dirawat dan tidak lagi dapat 'menjalani kehidupan berkualiti'.
Doktor haiwan mula menyedari tahap kesihatan Tuan Tuan, 18 tahun, yang jatuh sakit pada Ogos lalu apabila ia mula mengalami sawan dan dilihat semakin tidak stabil dan lesu.
Imbasan perubatan menunjukkan Tuan Tuan mengalami luka otak dan diberikan ubat antisawan.
Dalam masa sama, pihak zoo mengesyaki Tuan Tuan mengalami tumor otak yang kemudian dipindahkan ke penjagaan paliatif bulan lalu.
Tuan Tuan dan pasangannya, Yuan Yuan dihadiahkan kepada Taiwan pada akhir tahun 2008, ketika hubungan antara wilayah itu dengan China masih baik.
China melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan telah berikrar untuk membawa pulau demokratik autonomi itu kembali ke dalam negara mereka dengan kekerasan jika perlu.
Merujuk kepada matlamat itu, nama panda digabungkan bermaksud reunion atau penyatuan.
Pasangan itu menjadi ‘bintang’ di Taiwan dan Yuan Yuan yang kemudian melahirkan dua ekor panda betina.
Beijing telah lama menggunakan 'diplomasi panda' yang mana Tuan Tuan dan Yuan Yuan merupakan langkah yang dilihat menyokong Presiden Ma Ying-jeou.
Topic Berkaitan
#Panda
#China
#Taiwan
#Tuan Tuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan