[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Tuduhan rasuah: Senat Brazil lulus usul pecat presiden Dilma Rousseff

Agensi 12/05/2016 | 11:13 MYT
Rousseff perlu berdepan perbicaraan terakhir yang dijadual 180 hari selepas undian. - Foto AFP
Majoriti anggota Dewan Senat Brazil hari ini memutuskan untuk bersetuju dengan usul memecat Presiden Dilma Rousseff.
Undian menyaksikan 55 anggota bersetuju, sementara hanya 22 yang menentang.
Ia dijalankan selepas Dewan Senat berdebat selama 20 jam.
Serentak dengan itu Presiden Dilma digantung dari tugas sementara menanti perbicaraan mahkamah berhubung rasuah dan pengubahan wang haram.
Dengan kemenangan kem pro pemecatan tersebut, presiden wanita pertama Brazil itu bakal berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kuasa.
Beliau perlu berdepan perbicaraan terakhir yang dijadual 180 hari selepas undian.
Rousseff sebelum ini bergelut dengan tuduhan rasuah dan salah guna wang institusi perbankan awam untuk menampung bajet kerajaan pusat.
#Brazil #Dewan Senat #Dilma Rousseff #Presiden Brazil