DUNIA
Tujuh daerah di Songkhla diisytihar zon bencana, hospital di Pattani digenangi banjir
Keadaan di sebuah hospital di wilayah Pattani yang digenangi banjir akibat limpahan air sungai ke kawasan bandar. -Foto Bangkok Post
BANGKOK: Tujuh daerah di wilayah Songkhla, selatan Thailand, diisytiharkan sebagai zon bencana kecemasan selepas hujan lebat berterusan sejak 19 November menyebabkan banjir besar yang menjejaskan hampir 18,000 isi rumah.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut laporan Bangkok Post, daerah terlibat ialah Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin, Sathing Phra dan Hat Yai.
Pihak berkuasa tempatan kini giat menjalankan operasi pemindahan dan bantuan kecemasan, termasuk penggunaan bot getah untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap.
Sementara itu, sebuah hospital di wilayah Pattani dilapor digenangi banjir akibat limpahan air sungai ke kawasan bandar.
Operasi perubatan terpaksa dihentikan sementara dan pesakit dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) Thailand memaklumkan bahawa banjir turut melanda lapan wilayah di selatan negara itu, termasuk Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Trang dan Phatthalung, melibatkan lebih 124,000 isi rumah dan hampir 360,000 penduduk.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan sehingga 23 November, dengan amaran tahap maksimum telah dikeluarkan di beberapa kawasan berisiko tinggi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tujuh daerah di Songkhla, Thailand, diisytiharkan zon bencana selepas banjir besar akibat hujan lebat yang menjejaskan 18,000 isi rumah.
- Pihak berkuasa menjalankan operasi pemindahan dan menyelamatkan penduduk menggunakan bot getah.
- Hospital di Pattani digenangi air, memaksa operasi dihentikan sementara, dan pesakit dipindahkan ke fasiliti kesihatan lain.
Menurut laporan Bangkok Post, daerah terlibat ialah Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin, Sathing Phra dan Hat Yai.
Pihak berkuasa tempatan kini giat menjalankan operasi pemindahan dan bantuan kecemasan, termasuk penggunaan bot getah untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap.
Sementara itu, sebuah hospital di wilayah Pattani dilapor digenangi banjir akibat limpahan air sungai ke kawasan bandar.
Operasi perubatan terpaksa dihentikan sementara dan pesakit dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) Thailand memaklumkan bahawa banjir turut melanda lapan wilayah di selatan negara itu, termasuk Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Trang dan Phatthalung, melibatkan lebih 124,000 isi rumah dan hampir 360,000 penduduk.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan sehingga 23 November, dengan amaran tahap maksimum telah dikeluarkan di beberapa kawasan berisiko tinggi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah zon yang diisytiharkan sebagai zon bencana kecemasan di Songkhla, Thailand?
A: Tujuh daerah di wilayah Songkhla, iaitu Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin, Sathing Phra, dan Hat Yai. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengendalikan banjir di Songkhla?
A: Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan operasi pemindahan penduduk dan bantuan kecemasan, termasuk menggunakan bot getah untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. - Q: Berapakah jumlah isi rumah yang terjejas akibat banjir di selatan Thailand?
A: Banjir telah menjejaskan hampir 18,000 isi rumah di wilayah Songkhla dan melibatkan lebih daripada 124,000 isi rumah di lapan wilayah lain di selatan Thailand. - Q: Apakah kesan banjir terhadap perkhidmatan kesihatan di wilayah Pattani?
A: Banjir di Pattani menyebabkan hospital digenangi air, memaksa operasi perubatan dihentikan sementara dan pesakit dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran. - Q: Adakah terdapat kematian yang dilaporkan akibat banjir di selatan Thailand?
A: Tiada kematian dilaporkan setakat ini, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan sehingga 23 November.