awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka

Agensi
Agensi
21/04/2024
23:00 MYT
Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka
Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam insider sebuah kereta lumba terbabas dari landasan semasa perlumbaan di sebuah litar Sri Lanka mengorbankan tujuh orang, pada Ahad. - Gambar AP
DIYATALAWA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam insider sebuah kereta lumba terbabas dari landasan semasa perlumbaan di sebuah litar Sri Lanka mengorbankan tujuh orang, lapor media tempatan.
Dalam kemalangan di Fox Hill Supercross di bandar Diyatalawa yang berlangsung pada Ahad itu, 18 penonton lain mengalami kecederaan.
Antara yang maut ialah empat pegawai perlumbaan serta penonton, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, kata tentera.
Perlumbaan itu dianjurkan oleh angkatan pertahanan negara itu di akademi ketenteraan Sri Lanka di Diyatalawa dan merupakan kejohanan yang dianjurkan buat kali ke-28.
Media tempatan melaporkan acara berkenaan dihadiri oleh lebih 100,000 penonton.
Video yang dikongsi saksi menunjukkan orang ramai bergegas keluar dari tempat kejadian sejurus insiden berkenaan berlaku dan acara itu juga telah digantung.
Dua daripada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibawa ke hospital tentera tempatan, sementara sebahagian daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Polis kini sedang menjalankan siasatan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#tragedi kereta lumba
#rempuh penonton
#Fox Hill Supercross
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan