STR Fasa 1 2026 Disalurkan Hari Ini – Semak Kelayakan & Jumlah Bantuan Anda!
DUNIA

Tujuh maut, lebih 100 cedera dalam sukan 'laga lembu' di India

Bernama 19/01/2026 | 20:15 MYT
Kes kematian dan kecederaan itu dilaporkan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad semasa acara berlangsung di pelbagai kawasan di Tamil Nadu. - Gambar Reuters
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh orang, kebanyakannya penonton, maut manakala lebih 100 yang lain cedera akibat diserang lembu dalam acara sukan "laga lembu" (bullfighting) di negeri Tamil Nadu, selatan India, lapor Xinhua memetik beberapa laporan media tempatan pada Isnin.

Kes kematian dan kecederaan itu dilaporkan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad semasa acara berlangsung di pelbagai kawasan di negeri berkenaan.

Acara "laga lembu" itu merupakan tradisi yang diamalkan sebagai sebahagian daripada pesta menuai Pongal di Tamil Nadu.

Ia melibatkan peserta lelaki mengejar lembu jantan, cuba memaut bonggolnya dan menunggang haiwan itu selama mungkin atau menghentikannya bagi mengambil sehelai kain yang diikat pada tanduknya.

Hadiah menarik seperti kereta, motosikal dan syiling emas ditawarkan dalam kebanyakan acara berkenaan.

-- BERNAMA




#angka kematian #Tamil Nadu #India #laga lembu