Tujuh maut letupan di restoran kebab

Astro Awani
Disember 30, 2022 23:40 MYT
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di sebuah kedai kebab selepas berlakunya satu letupan. - Foto Twitter/@Ayagya_YuIlya
SEKURANG-kurangnya tujuh terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam letupan yang berlaku di sebuah restoran di barat Turkiye, pada Jumaat.
Menurut pihak berkuasa, letupan itu juga turut menyebabkan lima yang lain cedera dengan seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.
Gabenor wilayah Aydin, Huseyin Aksoy berkata, letupan itu berlaku di sebuah restoran kebab di daerah Nazilli sehingga menyebabkan kebakaran berlaku.
Jelasnya, setakat ini, siasatan awal dan temu bual pekerja restoran mendakwa kebocoran gas menjadi punca kepada letupan tersebut.
Jumlah sebenar mangsa dan angka kerugian masih dalam siasatan.
#letupan #kebocoran gas #restoran kebab #maut