VIDEO seorang lelaki berkerusi roda yang ‘menumpang’ berpaut pada sebuah lori membuatkan pengguna di sebuah lebuh raya menjadi cemas sekali gus menjadi tular di laman sosial.
Lapor berita Fox News, insiden berlaku Pretoria, Afrika Selatan.
Video itu antara lain memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan tangan kanannya untuk berpaut pada sebuah lori yang sedang bergerak laju.
Menurut laporan The South African, tindakan itu sememangnya adalah amat sukar, apatah lagi lori itu dianggarkan sedang memecut dengan kelajuan tidak kurang dari 60km sejam di lorong tengah.
Di hujung klip video itu, dipaparkan juga tindakan ‘berani mati’ lelaki itu melepaskan pegangannya dan berjaya mengawal kerusi rodanya sebelum membawa diri ke tepi jalan.
Tonton videonya di sini:
Sejak tersebar, video telah ditonton dan dikongsi ratusan kali.
Walaupun tidak didedahkan identiti sebenar lelaki itu, ramai yang berkata aksinya biasa dilihat sekitar bandar Pretoria.
Namun meskipun mendapat pujian ramai, agensi pengurusan trafik Afrika Selatan mengecam tindakan berbahaya itu.
‘Dalam sebuah negara yang kehilangan 14,000 orang dalam tempoh setahun berikutan kemalangan jalan raya, tindakan ini tidak dapat diterima sama sekali. Kami mengutuk tindakan ini,’ tulis agensi itu di laman Facebook rasminya.
Agensi
Sun Mar 10 2019
Video itu antara lain memaparkan seorang lelaki yang tidak dikenali menggunakan tangan kanannya untuk berpaut pada sebuah lori yang sedang bergerak laju. - Twitter/Mr T@Dzhavhelo1
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Tular video cemas lelaki berkerusi roda tumpang berpaut pada lori
Video seorang lelaki berkerusi roda yang menumpang berpaut pada sebuah lori membuatkan pengguna di sebuah lebuh raya menjadi cemas sekali gus menjadi tular di laman sosial.
Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.