awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Abdullah pemimpin berwawasan kukuhkan hubungan Thailand- Malaysia - PM Thailand

Bernama
Bernama
15/04/2025
11:34 MYT
Tun Abdullah pemimpin berwawasan kukuhkan hubungan Thailand- Malaysia - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengucapkan takziah atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi . - Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin berwawasan yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan Thailand-Malaysia dan memajukan pembangunan kawasan sempadan.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengucapkan takziah atas pemergian Abdullah, yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah", meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin.
Menerusi akaun rasmi X miliknya, Paetongtarn berkata Abdullah akan dikenang sebagai pemimpin berwawasan yang berintegriti dan rendah hati, yang tempoh perkhidmatannya dicirikan oleh pembaharuan ekonomi yang signifikan serta usaha memupuk perpaduan nasional.
"Beliau (Abdullah) juga memainkan peranan penting dalam kemajuan hubungan Thailand-Malaysia khususnya pembangunan kawasan sempadan kedua-dua negara.
"Dalam waktu berkabung ini, kami rakyat Thailand turut mengenang dan memberi penghormatan kepada Abdullah Ahmad Badawi serta menyatakan solidariti bersama rakyat Malaysia," tulisnya.
Sepanjang tempoh pentadbirannya dari 2003 hingga 2009, Abdullah menjalinkan kerjasama erat dengan rakan sejawatnya dari Thailand, terutama dalam menangani serta mengurangkan kesan pemberontakan di Selatan Thailand yang memberi impak kepada kedua-dua negara.
Perdana Menteri kelima itu meninggal dunia pada 7.10 malam, Isnin di IJN dan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang, Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#Perdana Menteri Thailand
#Paetongtarn Shinawatra
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan