DUNIA
Tuna sirip biru catat harga rekod RM13 juta di Jepun
Kiyoshi Kimura bergambar bersama tuna sirip biru yang dimenanginya pada lelongan Tahun Baharu di Tokyo, Isnin, 5 Jan 2026. -Foto AP
TOKYO: Seekor tuna sirip biru seberat 243 kilogram mencatat sejarah apabila dijual pada harga rekod 510 juta yen (kira-kira RM13 juta) dalam lelongan pembukaan tahun baharu di Pasar Ikan Toyosu, Tokyo, awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Tuna berharga itu dibeli oleh syarikat Kiyomura, milik usahawan sushi terkenal Jepun, Kiyoshi Kimura, yang turut dikenali sebagai “Raja Tuna”.
Kimura juga pemilik rangkaian restoran popular Sushi Zanmai dan sering memenangi bidaan tertinggi dalam lelongan tahunan tersebut.
“Saya sangka harganya akan lebih rendah, tetapi ia melonjak dengan pantas. Saya sendiri terkejut,” kata Kimura kepada media selepas lelongan berlangsung sebelum subuh.
Tuna tersebut ditangkap di perairan Oma, utara Jepun, kawasan yang terkenal dengan hasil tangkapan tuna berkualiti tinggi.
Dengan harga sekitar 2.1 juta yen (kira-kira RM54,400) bagi setiap kilogram, ikan itu menjadi simbol kemakmuran dan tuah dalam budaya Jepun, khususnya sempena sambutan Tahun Baharu.
Harga ini memecahkan rekod terdahulu yang juga dipegang oleh Kimura pada 2019, apabila beliau membayar 333.6 juta yen (kira-kira RM12.6 juta) untuk seekor tuna seberat 278 kilogram.
Penganalisis industri perikanan menyatakan bahawa walaupun harga tinggi ini mencerminkan permintaan terhadap makanan laut premium, ia juga menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian stok tuna sirip biru Pasifik yang sebelum ini hampir pupus.
Namun, menurut Dave Gershman dari Pew Charitable Trusts, populasi tuna kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Tuna yang dibeli Kimura itu kemudiannya dibawa ke restoran utama Sushi Zanmai di Tokyo, di mana ia dipamerkan kepada orang ramai sebelum disediakan sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan.
Lelongan Tahun Baharu di Pasar Toyosu merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh pengusaha makanan laut, malah oleh rakyat Jepun yang melihatnya sebagai simbol permulaan tahun yang makmur dan bertuah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tuna sirip biru seberat 243 kilogram dijual pada harga rekod 510 juta yen (AS$3.2 juta) dalam lelongan pembukaan tahun baharu di Pasar Ikan Toyosu, Tokyo.
- Tuna itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, pemilik syarikat Kiyomura dan restoran Sushi Zanmai, yang dikenali sebagai "Raja Tuna" Jepun, menandakan simbol kemakmuran dan tuah dalam budaya Jepun sempena sambutan Tahun Baharu.
- Harga yang tinggi itu, walaupun mencerminkan permintaan terhadap makanan laut premium, menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian stok tuna sirip biru Pasifik yang sebelum ini hampir pupus; namun, populasi tuna kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan menurut penganalisis industri perikanan.
Tuna berharga itu dibeli oleh syarikat Kiyomura, milik usahawan sushi terkenal Jepun, Kiyoshi Kimura, yang turut dikenali sebagai “Raja Tuna”.
Kimura juga pemilik rangkaian restoran popular Sushi Zanmai dan sering memenangi bidaan tertinggi dalam lelongan tahunan tersebut.
“Saya sangka harganya akan lebih rendah, tetapi ia melonjak dengan pantas. Saya sendiri terkejut,” kata Kimura kepada media selepas lelongan berlangsung sebelum subuh.
Tuna tersebut ditangkap di perairan Oma, utara Jepun, kawasan yang terkenal dengan hasil tangkapan tuna berkualiti tinggi.
Dengan harga sekitar 2.1 juta yen (kira-kira RM54,400) bagi setiap kilogram, ikan itu menjadi simbol kemakmuran dan tuah dalam budaya Jepun, khususnya sempena sambutan Tahun Baharu.
Harga ini memecahkan rekod terdahulu yang juga dipegang oleh Kimura pada 2019, apabila beliau membayar 333.6 juta yen (kira-kira RM12.6 juta) untuk seekor tuna seberat 278 kilogram.
Penganalisis industri perikanan menyatakan bahawa walaupun harga tinggi ini mencerminkan permintaan terhadap makanan laut premium, ia juga menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian stok tuna sirip biru Pasifik yang sebelum ini hampir pupus.
Namun, menurut Dave Gershman dari Pew Charitable Trusts, populasi tuna kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Tuna yang dibeli Kimura itu kemudiannya dibawa ke restoran utama Sushi Zanmai di Tokyo, di mana ia dipamerkan kepada orang ramai sebelum disediakan sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan.
Lelongan Tahun Baharu di Pasar Toyosu merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh pengusaha makanan laut, malah oleh rakyat Jepun yang melihatnya sebagai simbol permulaan tahun yang makmur dan bertuah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah pemilik syarikat Kiyomura yang membeli tuna sirip biru dengan harga rekod di Pasar Ikan Toyosu?
A: Pemilik syarikat Kiyomura yang membeli tuna sirip biru dengan harga rekod 510 juta yen adalah Kiyoshi Kimura. - Q: Daripada kawasan manakah tuna sirip biru tersebut ditangkap sebelum dijual dalam lelongan Pasar Ikan Toyosu?
A: Tuna sirip biru yang dijual dengan harga rekod di Pasar Ikan Toyosu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun, kawasan yang terkenal dengan hasil tangkapan tuna berkualiti tinggi. - Q: Bagaimanakah reaksi Kiyoshi Kimura terhadap harga yang ditebus untuk tuna tersebut dalam lelongan?
A: Kimura terkejut dengan harga yang ditebus untuk tuna tersebut, beliau menyatakan, "Saya sangka harganya akan lebih rendah, tetapi ia melonjak dengan pantas. Saya sendiri terkejut." - Q: Apakah simbolik harga tinggi yang ditawar untuk tuna sirip biru dalam budaya Jepun sempena sambutan Tahun Baharu?
A: Harga tinggi yang ditawar untuk tuna sirip biru menjadi simbol kemakmuran dan tuah dalam budaya Jepun, khususnya sempena sambutan Tahun Baharu. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap tuna yang dibeli Kimura selepas lelongan?
A: Tuna yang dibeli Kimura kemudiannya dibawa ke restoran utama Sushi Zanmai di Tokyo, di mana ia dipamerkan kepada orang ramai sebelum disediakan sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan.