TUNIS: Tunisia merekodkan penggunaan tenaga pada tahap kemuncak pada Selasa berikutan penggunaan pendingin hawa berlebihan di negara ini, di tengah-tengah cuaca panas luar biasa selama beberapa hari, lapor Sputnik.

Rekod tertinggi ketiga penggunaan tenaga direkodkan di Tunisia pada 1148 GMT Khamis, kepada 4,825 megawatt, lapor Agensi Berita TAP, memetik wakil Syarikat Elektrik dan Gas Tunisia.

Puncak tertinggi penggunaan tenaga sebelum ini direkodkan pada 10 Julai, berjumlah 4,693 megawatt.

Disebabkan peningkatan penggunaan tenaga, Syarikat Elektrik dan Gas Tunisia terpaksa melaksanakan pemotongan bekalan secara berkala di beberapa wilayah bagi mengurangkan beban rangkaian dan mengelakkan gangguan bekalan, kata wakil firma itu.

Pakar meteorologi berkata gelombang haba yang melanda Tunisia dan negara lain di rantau ini selama seminggu berpunca daripada antisiklon Afrika, yang digelar Charon.

Suhu siang hari di Tunisia mungkin mencecah setinggi 46 darjah Celsius dan di sebalah malam suhu turun kepada 25 darjah Celsius.

-- BERNAMA