awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan di Argentina protes lawatan Presiden Javier Milei ke Israel

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2024
01:00 MYT
Tunjuk perasaan di Argentina protes lawatan Presiden Javier Milei  ke Israel
Peserta tunjuk perasaan menyuarakan hasrat meminta kerajaan Argentina memutuskan hubungan ekonomi dan politik dengan kerajaan Israel. - Foto REUTERS/Matias Baglietto
BUENOS AIRES: Dianggarkan ratusan peserta tunjuk perasaaan berkumpul di luar premis Kementerian Luar Negeri Argentina untuk menyuarakan protes terhadap lawatan Presiden Javier Milei ke Israel pada Isnin.
Dalam pada itu, ahli-ahli organisasi kiri Palestin turut hadir mengibarkan bendera Palestin menuntut gencatan senjata.
Dalam pada itu, peserta tunjuk perasaan melaungkan hasrat meminta kerajaan Argentina memutuskan hubungan ekonomi dan politik dengan kerajaan Israel.
"Mereka (kerajaan Israel) cuba memusnahkan rakyat Palestin, bukan sahaja di Gaza tetapi di Tebing Barat yang diduduki juga. Itulah sebabnya kami berpendapat demonstrasi ini untuk menunjukkan penolakan kami terhadap perjalanan ini (perjalanan Presiden Argentina Javier Milei ke Israel) adalah perlu, dan untuk menolak hubungan politik dan ekonomi yang Milei dengan negara Zionis Israel.
"Kami menolaknya dan kami akan terus menuntut gencatan senjata dan agar Argentina memutuskan hubungan dengan negara genosid Israel," kata salah seorang peserta, Celeste Fierro.
Milei meninggalkan Argentina pada hari Isnin untuk lawatan ke Israel, Itali, dan Vatican.
Sementara itu, Presiden Amerika Selatan dijangka bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Argentina
#Israel
#Javier Milei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan