awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki, Iran setuju elak peningkatan ketegangan di Asia Barat

Agensi
Agensi
24/01/2024
22:30 MYT
Turki, Iran setuju elak peningkatan ketegangan di Asia Barat
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (kakan) berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi pada sidang media di Ankara, Turki pada Rabu. - Gambar AP
ANKARA: Turki dan Iran bersetuju mengenai keperluan untuk mengelakkan tindakan yang boleh mengancam kestabilan Asia Barat, tiga bulan selepas perang di Gaza.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Iran, Ebrahim Raisi dalam mesyuarat, pada Rabu.
Turki telah mengkritik keras Israel atas serangannya ke atas Gaza, menggesa gencatan senjata segera dan menyokong langkah undang-undang untuk Israel dibicarakan kerana pembunuhan beramai-ramai.
Iran mengetuai Axis of Resistance, sebuah pakatan yang merangkumi Hamas dan kumpulan Islam lain di sekitar wilayah itu yang telah menentang Israel dan sekutunya secara ketenteraan.
Bercakap pada sidang akhbar selepas bertemu Raisi di Ankara, Erdogan berkata, kedua-dua pemimpin telah membincangkan mengenai penamatan serangan "tidak berperikemanusiaan" Israel ke atas Gaza dan keperluan mengambil langkah untuk keamanan yang adil dan berkekalan di rantau itu.
Beliau menegaskan, kedua-dua negara berjiran itu juga bersetuju untuk meneruskan kerjasama menentang ancaman militan rentas sempadan.
Konflik di wilayah itu semakin meluas apabila Amerika Syarikat (AS) dan British mensasarkan Houthi yang disokong Iran di Yaman bulan ini.
Erdogan menyelar serangan itu sebagai penggunaan kekerasan yang tidak seimbang.
Raisi pula menuduh AS menyokong jenayah Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengulangi rayuan Tehran agar negara Islam memutuskan hubungan ekonomi dan politik mereka dengan "rejim Zionis."
Turki dan Iran mempunyai hubungan yang rumit kerana tidak sependapat dalam pelbagai isu, terutamanya perang saudara Syria.
Pada Rabu, kedua-dua pemimpin itu mempengerusikan mesyuarat majlis perniagaan Turki-Iran dan menandatangani pelbagai perjanjian. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Recep Tayyip Erdogan
#Ebrahim Raisi
#Turki dan Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan