awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki keluar waran tangkap terhadap lebih 500 individu

Reuters
Reuters
29/11/2017
08:02 MYT
Turki keluar waran tangkap terhadap lebih 500 individu
Fethullah Gulen sebelum ini dituduh menjadi dalang cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan pemerintahan pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Turki mengeluarkan waran tangkap terhadap lebih 500 individu dalam satu operasi bersama dengan Amerika Syarikat yang turut mensasarkan ulama terkemuka negara itu, Fethullah Gulen.
Fethullah sebelum ini dituduh menjadi dalang cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan pemerintahan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Daripada jumlah itu, 333 adalah anggota tentera manakala 216 individu merupakan kakitangan awam yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa tahun lalu.
Polis di Istanbul kini menjalankan operasi untuk menangkap suspek.
Agensi berita tempatan memaklumkan tujuh daripada suspek adalah juruterbang.
Setakat ini, lebih daripada 50,000 orang telah dipenjara sementara menunggu perbicaraan berhubung kaitan dengan Fethullah.
Manakala 150,000 orang telah dipecat atau digantung pekerjaan sejak 15 Julai lalu.
Ankara berkata walaupun tindakannya itu mendapat kecaman badan hak asasi manusia, namun percaya cara tersebut dapat membanteras sebarang ancaman yang berkemungkinan digerakkan rangkaian Fethullah .
Pengaruh Fethullah dikatakan telah menyusup masuk ke institusi-institusi kerajaan seperti tentera, kehakiman dan sekolah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Fethullah Gulen
#Istanbul
#penjara
#Recep Tayyip Erdogan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan