NEW YORK: Turki kini menjadi peneraju utama dalam usaha memerangi Islamofobia di pentas antarabangsa, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami memerangi virus yang lebih berbahaya dan licik. Virus ini, sama bahayanya dengan COVID-19, dinamakan Islamofobia.
"Virus ini menular dengan sangat pantas," kata Erdogan pada pertemuan anjuran Jawatankuasa Pemandu Turki Amerika di New York City.
Menurut beliau Islamofobia telah berubah menjadi trend yang mengganggu kehidupan seharian umat Islam dan mengancam keamanan sosial.
Erdogan tiba di New York untuk menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.
Terdahulu, beliau meluangkan masa mengunjungi Pusat Turkevi yang bakal dibuka, terletak di 821 First Avenue, Manhattan, berdekatan dengan ibu pejabat PBB.
Katanya, bangunan pencakar langit 36 tingkat itu adalah "monumen kebanggaan" yang tidak hanya berfungsi sebagai rumah bagi orang Turki tetapi juga untuk masyarakat Islam Amerika.
Bangunan yang menampilkan seni bina tradisional Turki, terutama dari Empayar Seljuk itu dapat dilihat dari pusat bandar Manhattan, Sungai Timur dan Long Island.
Rekaan bangunan itu mencerminkan budaya, sejarah dan kepelbagaian Turki.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Erdogan tiba di New York untuk menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa. - Gambar fail
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).
Turkiye sedia untuk pemindahan lanjutan di Lubnan - Kementerian Pertahanan
Kapal-kapal Turkiye telah membawa keluar 966 orang dari Lubnan, termasuk 878 warga Turkiye dan 24 warga Republik Turki Cyprus Utara.
EURO 2024: Turki tunjuk permainan berkualiti, menang berdepan Georgia
Turki melakar kemenangan apabila menewaskan pasukan lawan, Georgia, di Stadium BVB Dortmund, awal pagi Rabu.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.
Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Keputusan bergantung kepada perbincangan yang akan berlaku pada petang ini melibatkan pimpinan tertinggi IHH dengan wakil kerajaan Turki di Ankara.
Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki
Anwar dan Erdogan turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.
Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine
Turki bersedia menjadi pengantara dan tuan rumah bagi sidang kemuncak damai antara Rusia dan Ukraine.