Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat

Bernama
Mei 9, 2024 21:00 MYT
Tayar sebuah pesawat Corendon Airlines pancit dan 'topang' hadapannya rosak ketika mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa, Turkiye, pada Khamis. - Foto REUTERS
ANKARA: Penumpang pesawat Corendon Airlines dari Cologne, Jerman ke Antalya, Turkiye berdepan detik cemas apabila sebiji tayar jet penerbangan itu pancit dan 'topang' hadapannya rosak semasa mendarat di Lapangan Terbang Gazipasa pada Khamis, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye berkata kesemua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Bagaimanapun tiada penumpang pesawat yang cedera dan penilaian awal menunjukkan tiada kerosakan pada landasan.
Sementara itu, kesemua penerbangan masuk dilencongkan sementara ke Lapangan Terbang Antalya.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: pesawat, penumpang, lapangan terbang Gazipasa
#pesawat penumpang #Corendon Airlines #tayar pancit #Turkiye