DUNIA
Turkiye catat suhu tertinggi dalam sejarah
Pihak berkuasa memberi amaran kepada golongan berisiko tinggi seperti pesakit kronik, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak agar mengelakkan aktiviti luar antara 11 pagi hingga 4 petang. - Gambar/ AP
ISTANBUL: Turkiye mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah iaitu 50.5 darjah Celsius di daerah Silopi, wilayah Sirnak pada 25 Julai lalu, menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar, Pembandaran dan Perubahan Iklim pada Sabtu.
Ringkasan AI
Data daripada Perkhidmatan Meteorologi Turkiye menunjukkan bahawa sebanyak 132 stesen cuaca di seluruh negara turut mencatatkan suhu tertinggi bagi Julai pada hari yang sama, lapor Anadolu Ajansi.
Rekod kebangsaan sebelum ini dicatatkan pada 15 Ogos 2023 di Saricakaya, wilayah Eskisehir, iaitu 49.5C.
Beberapa daerah lain di tenggara Turkiye turut merekodkan suhu melebihi 49C, antaranya 49.6C di Kiziltepe (Mardin), 49.4C di Cizre (Sirnak), 49.3C di Nusaybin (Mardin), 49.1C di Kurtalan (Siirt) dan 49.0C di Ceylanpinar (Sanliurfa).
Pihak berkuasa memberi amaran kepada golongan berisiko tinggi seperti pesakit kronik, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak agar mengelakkan aktiviti luar antara 11 pagi hingga 4 petang (0800GMT hingga 1300GMT) susulan risiko kesihatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Turkiye mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah iaitu 50.5 darjah Celsius di Silopi, Sirnak pada 25 Julai, mengatasi rekod kebangsaan sebelumnya 49.5C di Eskisehir pada Ogos 2023.
- Sebanyak 132 stesen cuaca di seluruh negara turut merekodkan suhu tertinggi bagi bulan Julai pada hari yang sama, dengan beberapa daerah di tenggara Turkiye mencatatkan suhu melebihi 49C.
- Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan kepada golongan berisiko tinggi agar mengelakkan aktiviti luar antara jam 11 pagi hingga 4 petang susulan cuaca panas melampau.