DUNIA
Turkiye sedia pikul amanah di Gaza, desak mekanisme tamatkan pendudukan
Hakan Fidan (foto) berkata rundingan di AS itu turut mengetengahkan semula isu kritikal bagi kedua-dua negara, rantau lebih luas dan usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan global. -Gambar fail/Reuters
ANKARA/ISTANBUL: Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan pada Sabtu berkata Turkiye bersedia memikul tanggungjawab di Semenanjung Gaza, termasuk kemungkinan menghantar pasukan tentera jika perlu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
"Turkiye bersedia memikul amanah di Gaza dan akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh komitmen, termasuk menghantar tentera.
"Ini adalah mesej paling jelas kami kepada masyarakat antarabangsa mengenai perkara ini," kata Fidan dalam temu bual siaran langsung bersama saluran A Haber.
Merujuk pertemuan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat Donald Trump pada September lalu, beliau berkata kedua-dua pemimpin membincangkan isu utama berkaitan hubungan dua hala dan dinamik serantau.
Beliau berkata rundingan di AS itu turut mengetengahkan semula isu kritikal bagi kedua-dua negara, rantau lebih luas dan usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan global.
Fidan menegaskan bahawa mengekalkan persefahaman bersama dan penyelarasan rapat adalah penting bagi melindungi serta mengukuhkan kepentingan Turkiye.
Beliau turut menyatakan bahawa pasukan penstabil yang dicadangkan adalah satu daripada dua komponen dalam Pelan Damai Trump secara berfasa dan rundingan kini tertumpu kepada pembentukan rangka kerja undang-undang yang akan menentukan mandat serta pelaksanaannya.
Menurut Fidan, perbincangan sedang dijalankan mengenai penubuhan suruhanjaya keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa untuk Gaza, dan cadangan itu terus berkembang dengan AS bekerjasama rapat dengan Turkiye.
Beliau menekankan bahawa Washington, yang menyokong perjanjian gencatan era Trump telah membangunkan mekanisme bagi menangani halangan dalam proses itu, satu langkah yang beliau sifatkan penting dari segi komitmen dan kesungguhan.
Turkiye berhasrat memperkukuh mekanisme yang diperlukan untuk menyelaras kemajuan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata, sambil menegaskan bahawa dialog rapat diteruskan antara pihak ketenteraan berkaitan, katanya.
Turkiye memainkan peranan aktif dalam rundingan Sharm el-Sheikh yang memungkinkan tercapainya gencatan senjata di Gaza, dengan Mesir, Qatar dan Turkiye membantu merealisasikan perjanjian itu.
Beliau juga berkata deklarasi yang ditandatangani negara-negara berkenaan bukan model penjamin tradisional, sebaliknya mencerminkan sokongan politik berterusan terhadap gencatan senjata.
Turkiye turut melantik penyelaras bantuan kemanusiaan untuk Gaza dan terus berusaha menyalurkan bantuan, meskipun jumlah bekalan yang masuk ke wilayah itu masih rendah berbanding apa yang dijanjikan Israel.
Fidan berkata perbincangan sedang dijalankan untuk membentuk jawatankuasa bukan politik bagi mengurus pentadbiran harian Gaza, dan Hamas menyatakan kesediaan untuk menyerahkan pentadbiran kepada sebuah badan yang dipimpin rakyat Palestin.
Beliau juga berhujah bahawa selagi pendudukan berterusan, tentangan bersenjata akan terus wujud.
"Apa yang kami katakan ialah: isu ini tidak boleh bermula dengan usaha melucutkan senjata Hamas, tetapi dengan membentuk mekanisme yang menamatkan pendudukan dan mengurangkan serta menghapuskan penindasan. Logik ini perlu dijelaskan dengan tuntas.
"Terdapat reaksi yang timbul kerana Hamas digambarkan seolah-olah kumpulan pengganas seperti ISIS (Daesh).
"Terdapat usaha menjadikan persepsi ini sebagai dasar. Kita perlu mengupas retorik ini dan membinanya semula dengan naratif yang betul.
"Inilah yang sering kami lakukan dalam diplomasi -- menganalisis dan merungkai persepsi salah, kemudian menggantikannya dengan yang benar," katanya.
Fidan juga menjelaskan bahawa satu pelan hala tuju diperlukan bagi menamatkan pendudukan Israel dan membuka jalan kepada penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Turkiye bersedia memikul tanggungjawab di Semenanjung Gaza dengan kemungkinan menghantar pasukan tentera jika perlu, menyatakan komitmen penuh dalam menangani isu tersebut.
- Rundingan antara Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menekankan isu hubungan dua hala, dinamik serantau, keamanan, dan kestabilan global.
- Turkiye aktif dalam rundingan Sharm el-Sheikh untuk mencapai gencatan senjata di Gaza dengan bantuan Mesir dan Qatar, serta sedang berusaha menyusun jawatankuasa bukan politik bagi pentadbiran harian Gaza.
"Turkiye bersedia memikul amanah di Gaza dan akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh komitmen, termasuk menghantar tentera.
"Ini adalah mesej paling jelas kami kepada masyarakat antarabangsa mengenai perkara ini," kata Fidan dalam temu bual siaran langsung bersama saluran A Haber.
Merujuk pertemuan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat Donald Trump pada September lalu, beliau berkata kedua-dua pemimpin membincangkan isu utama berkaitan hubungan dua hala dan dinamik serantau.
Beliau berkata rundingan di AS itu turut mengetengahkan semula isu kritikal bagi kedua-dua negara, rantau lebih luas dan usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan global.
Fidan menegaskan bahawa mengekalkan persefahaman bersama dan penyelarasan rapat adalah penting bagi melindungi serta mengukuhkan kepentingan Turkiye.
Beliau turut menyatakan bahawa pasukan penstabil yang dicadangkan adalah satu daripada dua komponen dalam Pelan Damai Trump secara berfasa dan rundingan kini tertumpu kepada pembentukan rangka kerja undang-undang yang akan menentukan mandat serta pelaksanaannya.
Menurut Fidan, perbincangan sedang dijalankan mengenai penubuhan suruhanjaya keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa untuk Gaza, dan cadangan itu terus berkembang dengan AS bekerjasama rapat dengan Turkiye.
Beliau menekankan bahawa Washington, yang menyokong perjanjian gencatan era Trump telah membangunkan mekanisme bagi menangani halangan dalam proses itu, satu langkah yang beliau sifatkan penting dari segi komitmen dan kesungguhan.
Turkiye berhasrat memperkukuh mekanisme yang diperlukan untuk menyelaras kemajuan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata, sambil menegaskan bahawa dialog rapat diteruskan antara pihak ketenteraan berkaitan, katanya.
Turkiye memainkan peranan aktif dalam rundingan Sharm el-Sheikh yang memungkinkan tercapainya gencatan senjata di Gaza, dengan Mesir, Qatar dan Turkiye membantu merealisasikan perjanjian itu.
Beliau juga berkata deklarasi yang ditandatangani negara-negara berkenaan bukan model penjamin tradisional, sebaliknya mencerminkan sokongan politik berterusan terhadap gencatan senjata.
Turkiye turut melantik penyelaras bantuan kemanusiaan untuk Gaza dan terus berusaha menyalurkan bantuan, meskipun jumlah bekalan yang masuk ke wilayah itu masih rendah berbanding apa yang dijanjikan Israel.
Fidan berkata perbincangan sedang dijalankan untuk membentuk jawatankuasa bukan politik bagi mengurus pentadbiran harian Gaza, dan Hamas menyatakan kesediaan untuk menyerahkan pentadbiran kepada sebuah badan yang dipimpin rakyat Palestin.
Beliau juga berhujah bahawa selagi pendudukan berterusan, tentangan bersenjata akan terus wujud.
"Apa yang kami katakan ialah: isu ini tidak boleh bermula dengan usaha melucutkan senjata Hamas, tetapi dengan membentuk mekanisme yang menamatkan pendudukan dan mengurangkan serta menghapuskan penindasan. Logik ini perlu dijelaskan dengan tuntas.
"Terdapat reaksi yang timbul kerana Hamas digambarkan seolah-olah kumpulan pengganas seperti ISIS (Daesh).
"Terdapat usaha menjadikan persepsi ini sebagai dasar. Kita perlu mengupas retorik ini dan membinanya semula dengan naratif yang betul.
"Inilah yang sering kami lakukan dalam diplomasi -- menganalisis dan merungkai persepsi salah, kemudian menggantikannya dengan yang benar," katanya.
Fidan juga menjelaskan bahawa satu pelan hala tuju diperlukan bagi menamatkan pendudukan Israel dan membuka jalan kepada penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang disebutkan oleh Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, mengenai kesiapan Turki untuk memikul tanggungjawab di Semenanjung Gaza?
A: Turki bersedia memikul tanggungjawab di Gaza, termasuk menghantar pasukan tentera jika perlu. - Q: Apa yang dibincangkan antara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam pertemuan mereka?
A: Mereka membincangkan isu utama berkaitan hubungan dua hala, dinamik serantau, serta usaha mengekalkan keamanan dan kestabilan global. - Q: Apakah yang sedang dibincangkan oleh Turki dan Amerika Syarikat berkaitan dengan Gaza?
A: Mereka sedang menjalankan perbincangan mengenai penubuhan suruhanjaya keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa untuk Gaza, serta pembentukan jawatankuasa bukan politik bagi mengurus pentadbiran harian di wilayah Gaza.