DUNIA
Turkiye selar seruan aneksasi Tebing Barat oleh menteri Israel
Kementerian Luar Negeri Turkiye menyelar kenyataan menteri Israel yang menyeru agar Tebing Barat dianeksasi secara rasmi, menyifatkannya sebagai provokatif dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
ANKARA: Kementerian Luar Negeri Turkiye hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menolak sekeras-kerasnya desakan beberapa menteri Kabinet Israel yang menyeru agar Tebing Barat yang diduduki dianeksasi secara rasmi oleh Tel Aviv.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan itu, seruan tersebut disifatkan sebagai provokatif dan menunjukkan usaha berterusan Israel untuk menjadikan pendudukan wilayah Palestin sebagai satu keadaan kekal yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip penyelesaian dua negara yang telah lama disokong oleh masyarakat antarabangsa.
“Kami dengan tegas menolak kenyataan oleh para menteri dan ahli politik Israel yang menyarankan aneksasi Tebing Barat.
“Kenyataan seperti ini merupakan bukti jelas terhadap niat Israel untuk menjadikan pendudukan haram sebagai situasi kekal dan melanggar undang-undang antarabangsa."
Kenyataan itu dikeluarkan susulan surat terbuka yang ditandatangani oleh 14 menteri dari Parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, termasuk Menteri Kewangan sayap kanan Bezalel Smotrich, yang mendesak agar kedaulatan Israel dilaksanakan sepenuhnya ke atas wilayah Judea dan Samaria (Tebing Barat) sebelum berakhirnya sesi musim panas Knesset pada 27 Julai ini.
Turkiye turut menyatakan kebimbangan bahawa seruan tersebut dibuat ketika usaha gencatan senjata sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak antarabangsa dalam konflik Israel-Palestin.
“Seruan yang mencabar dan tidak bertanggungjawab ini dibuat pada waktu yang paling genting, ketika usaha diplomatik untuk mewujudkan gencatan senjata sedang giat dijalankan,” menurut kenyataan itu.
Ia menambah bahawa tindakan Israel yang sistematik dalam mengusir penduduk Palestin dan membina penempatan haram telah memperburuk ketidakstabilan serantau.
Dalam kenyataan itu, Turkiye sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa keamanan yang berkekalan di Timur Tengah hanya dapat dicapai melalui pengiktirafan hak sah rakyat Palestin dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Turkiye menolak keras kenyataan menteri Israel yang menyeru agar Tebing Barat dianeksasi secara rasmi, menyifatkannya sebagai provokatif dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
- Seruan itu dibuat oleh 14 menteri Parti Likud termasuk Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, ketika usaha gencatan senjata sedang dijalankan dalam konflik Israel-Palestin.
- Turkiye menegaskan keamanan hanya dapat dicapai melalui pengiktirafan hak rakyat Palestin dan penubuhan negara Palestin merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.