DUNIA
Turkiye tahan 106 suspek dalam operasi memerangi sindiket jenayah terancang
Yerlikaya berkata serbuan melibatkan 2,000 anggota keselamatan dan menyasarkan 403 lokasi. - Foto X/Mahmut Demirtas
ISTANBUL: Menteri Dalam Negeri Turkiye Ali Yerlikaya mengumumkan pada Isnin bahawa pasukan keselamatan telah menahan 106 suspek yang dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang utama dalam satu operasi besar-besaran merangkumi 10 wilayah termasuk Adana, Izmir, Antalya dan Istanbul, lapor Xinhua.
Yerlikaya dalam satu hantaran di platform X berkata serbuan serentak yang dilancarkan pada pagi Isnin itu diselaraskan oleh Cawangan Antipenyeludupan dan Jenayah Terancang Jabatan Polis Wilayah Adana, melibatkan 2,000 anggota keselamatan dan menyasarkan 403 lokasi.
Operasi itu menyasarkan satu rangkaian jenayah yang didakwa diketuai oleh Ramazan Baygara, seorang buronan kelahiran 1998 dari Adana yang kini dikehendaki di peringkat antarabangsa.
Baygara, yang ditahan di Greece pada 2024 di bawah notis merah Interpol, masih belum diekstradisi ke Turkiye.
Kumpulan jenayah itu mempunyai lebih 270 ahli dan telah memperluas kegiatan haram mereka ke wilayah lain termasuk Sanliurfa, Kirklareli, Batman, Izmir, Ankara dan Istanbul.
Siasatan mendapati kumpulan Baygara terlibat dalam 54 kes jenayah berasingan termasuk pembunuhan terancang, cubaan membunuh, pengedaran dadah, ancaman bersenjata, pemerasan, kerosakan harta benda dan pelanggaran privasi.
Dalam operasi berkenaan, polis merampas empat bahan letupan buatan sendiri, 27 pistol tidak berlesen, tiga refal AK-47, dua senjata automatik, 38,915 pil dadah serta pelbagai bahan digital, menurut Yerlikaya.
Kumpulan jenayah itu terkenal dengan perseteruan ganas dengan kumpulan lain di Adana. Abang Ramazan, Bedirhan Baygara, dilaporkan telah dibunuh oleh ahli kumpulan saingan.
-- BERNAMA