awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram

Bernama
Bernama
11/08/2024
15:20 MYT
Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram
Uraloglu dalam hantaran terdahulu di platform sama memaklumkan Meta bersetuju dengan peraturan kerajaan Turkiye mengenai pemadaman kandungan yang dianggap jenayah oleh Ankara. - Gambar fail/Astro AWANI
ISTANBUL: Turkiye pada Sabtu telah memulihkan akses kepada platform media sosial popular Instagram selepas lebih seminggu dengan menyatakan bahawa syarikat induknya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Meta menerima syarat Ankara mengenai pemadaman kandungan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Larangan akses ke atas Instagram telah ditarik balik," tulis Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye, Abdulkadir Uraloglu di platform media sosial X.
Uraloglu dalam hantaran terdahulu di platform sama memaklumkan Meta bersetuju dengan peraturan kerajaan Turkiye mengenai pemadaman kandungan yang dianggap jenayah oleh Ankara.
Bagaimanapun, tiada reaksi segera daripada Meta.
Menurut menteri itu, Meta juga kini berkongsi "sensitiviti" kerajaan Turkiye mengenai pemadaman kandungan yang berkaitan dengan kumpulan yang dianggap "pengganas" oleh Ankara seperti Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan.
Minggu lepas, Uraloglu berkata Meta gagal mematuhi peraturan mengenai pemadaman kandungan yang merupakan jenayah di Turkiye seperti penderaan seksual, menggalakkan perjudian, atau menghina bapa pengasas republik itu, Mustafa Kemal Ataturk, menurut agensi berita Anadolu.
Larangan itu dikenakan selepas Pengarah Komunikasi Turkiye Fahrettin Altun menuduh Instagram menyekat ucapan takziah untuk Ismail Haniyeh, pemimpin kumpulan Hamas yang terbunuh di Iran.
Turkiye telah mengisytiharkan hari berkabung di negara itu susulan pemergian Haniyeh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#pengganas
#ucapan takziah
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan