DUNIA
  
            Turkiye teruskan perbincangan dengan Qatar, Oman untuk beli tambahan jet pejuang Eurofighter
Turkiye menandatangani perjanjian untuk membeli 20 jet pejuang Eurofighter Typhoon baharu daripada Britain bernilai 8 bilion pound. - Foto AP
            
      ANKARA: Turkiye memaklumkan pada Khamis bahawa perbincangan masih dijalankan dengan Qatar dan Oman bagi pembelian tambahan jet pejuang Eurofighter Typhoon, susulan perjanjian utama yang dimeterai dengan Britain awal minggu ini untuk memperoleh 20 pesawat baharu, lapor Xinhua.
"Usaha turut diteruskan bagi pemerolehan pesawat Eurofighter Typhoon dari Qatar dan Oman bagi memenuhi keperluan operasi Markas Tentera Udara kami," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Turkiye, Zeki Akturk, pada sidang media mingguan.
Pada Isnin, Turkiye menandatangani perjanjian untuk membeli 20 jet pejuang Eurofighter Typhoon baharu daripada Britain bernilai 8 bilion pound (RM44 bilion), sebagai langkah memperkukuh keupayaan pertahanan negara itu di tengah-tengah ketegangan geopolitik serantau.
Perjanjian itu dibuat selepas laporan mengenai keputusan Jerman untuk menarik balik bantahan lamanya terhadap penjualan jet berkenan kepada Turkiye.
Minggu lepas, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan melawat tiga negara Teluk dan mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan memperoleh jet Typhoon terpakai daripada Qatar dan Oman.
Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler sebelum ini mengumumkan bahawa negara itu merancang untuk membeli sejumlah 44 jet Eurofighter Typhoon - 12 daripada Qatar, 12 daripada Oman dan 20 daripada Britain - dengan penghantaran dijangka bermula awal tahun depan.
-- BERNAMA