awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye tidak mahu tergesa-gesa untuk lulus permohonan keahlian Sweden dalam NATO

Bernama
Bernama
17/10/2023
12:55 MYT
Turkiye tidak mahu tergesa-gesa untuk lulus permohonan keahlian Sweden dalam NATO
Parlimen Turkiye tidak membuat sebarang kemajuan untuk mengesahkan keahlian Sweden sejak bersidang semula pada Oktober. - Gambar fail/unsplash.com
ANKARA: Ankara tidak akan tergesa-gesa untuk meluluskan keahlian Sweden dalam NATO, menurut sumber diplomatik, lapor Sputnik.
"Ada pihak tertentu mahu Ankara segera meratifikasi keahlian Sweden dalam NATO menjelang akhir tahun. Namun, keputusan itu akan dibuat oleh Parlimen berdasarkan analisis keadaan," kata sumber itu.
Pada Isnin, media melaporkan Turkiye mahu menangguhkan perkara itu terlebih dahulu sementara menunggu sokongan Amerika Syarikat terhadap usaha untuk membeli pesawat pejuang F-16.
Parlimen Turkiye tidak membuat sebarang kemajuan untuk mengesahkan keahlian Sweden sejak bersidang semula pada Oktober.
Sweden dan Finland telah menghantar permohonan untuk menyertai NATO pada tahun lalu. Turkiye telah pun meluluskan pemohonan Finland.
Turkiye mahu Sweden memastikan negara itu bukan lagi menjadi tempat perlindungan pemberontak pro-Kurdish yang dianggap sebagai pengganas oleh Ankara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keahlian NATO
#Sweden
#tempat perlindungan
#pesawat pejuang F-16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan