DUNIA
Turkiye umum pembentukan pasukan khas pantau Pelan Damai Gaza
Fidan berkata perbincangan di Paris mencapai beberapa kesimpulan penting yang bakal menjadi asas keputusan besar negara-negara Eropah dan dunia Islam dalam proses pemulihan Gaza. - Foto REUTERS
PARIS: Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, memaklumkan bahawa pasukan khas terdiri daripada Turkiye, Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar akan berperanan sebagai kumpulan pemudah cara dalam pelaksanaan pelan damai Gaza tajaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ringkasan AI
Menurut Fidan, pasukan itu belum mempunyai tugasan spesifik ketika ini namun akan bertindak mencari penyelesaian sekiranya timbul masalah sepanjang pelaksanaan perjanjian berkenaan.
“Pasukan ini akan berunding dengan kedua-dua pihak - Palestin dan Israel. Ia akan berperanan memastikan setiap peruntukan dalam perjanjian dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada media Turkiye pada Khamis.
Beliau menjelaskan bahawa perjanjian berkenaan melibatkan beberapa komponen utama termasuk pelaksanaan gencatan senjata, pertukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin, kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan pengunduran tentera Israel ke garisan tertentu.
“Semua ini mesti dipantau dengan sangat teliti,” tegas Fidan.
Sebelum itu, para menteri luar dari negara-negara Eropah, Arab dan Amerika Syarikat mengadakan pertemuan di Paris bagi membincangkan masa depan Gaza selepas perang, beberapa jam selepas Israel dan Hamas mencapai persetujuan gencatan senjata serta pertukaran tebusan.
Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Fidan menegaskan bahawa sebarang usaha membina semula Gaza tidak boleh mengembalikannya ke keadaan sebelum 7 Oktober 2023.
“Sebelum 7 Oktober, Gaza ibarat penjara terbuka tanpa perdagangan bebas dan semuanya dikawal Israel. Jika kita bina semula Gaza dengan keadaan yang sama, perang lain pasti akan tercetus,” ujarnya.
Fidan menambah bahawa perbincangan di Paris mencapai beberapa kesimpulan penting yang bakal menjadi asas keputusan besar negara-negara Eropah dan dunia Islam dalam proses pemulihan Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Turkiye, Mesir, AS dan Qatar membentuk pasukan khas untuk membantu pelaksanaan pelan damai Gaza tajaan Presiden Donald Trump, termasuk rundingan dengan Palestin dan Israel.
- Perjanjian merangkumi gencatan senjata, pertukaran tebusan, kemasukan bantuan kemanusiaan dan pengunduran tentera Israel ke garisan tertentusemuanya perlu dipantau rapi.
- Fidan menegaskan Gaza tidak boleh dibina semula seperti sebelum 7 Oktober 2023, dan pertemuan di Paris menghasilkan asas penting bagi pemulihan Gaza oleh negara Eropah dan dunia Islam.