[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DUNIA

Tweet lebih panjang! Had baharu 280 aksara untuk pengguna Twitter

Syafique Shuib 08/11/2017 | 08:06 MYT
Semua pengguna boleh tweet 280 aksara bermula hari ini. -Gambar fail
MENGHADAPI kesukaran menyampaikan mesej panjang di Twitter?
Pengguna Twitter kini tidak lagi terhad kepada 140 aksara dan boleh mengguna platform itu untuk berkongsi tweet hingga 280 aksara.
Perkara ini disahkan Pengurus Produk Twitter, Aliza Rosen di laman media sosial itu dan juga blog rasmi beliau.
Katanya, ciri ini telah diuji sejak September 2017 untuk pengguna tertentu dan kini diperkenalkan kepada semua pengguna, kecuali mereka yang menghantar tweet dalam bahasa Cina, Korea dan Jepun.
“Kami lihat lebih ramai pengguna tidak perlu menyunting tweet mereka (kerana sebelum ini terhad kepada 140 aksara).
“Dengan ciri ini, lebih ramai boleh meluahkan apa yang mereka ingin luahkan dalam masa yang lebih pantas,” katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#140 aksara #280 aksara #Aliza Rosen #media sosial #Pengurus Produk Twitter #Twitter