DUNIA

Twitter alami gangguan teknikal pagi ini

Astro Awani 15/10/2020 | 22:00 MYT
Perkhidmatan aplikasi media sosial Twitter dipercayai mengalami gangguan teknikal pagi ini. -Gambar fail
PERKHIDMATAN aplikasi media sosial Twitter mengalami gangguan teknikal pagi ini.
Pengguna di seluruh dunia melaporkan aplikasi itu gagal diakses hampir sejam yang lalu dan memaparkan mesej "Twitter is temporarily over capacity" (Twitter melepasi kapasiti buat sementara waktu) atau "Something went wrong" (Ada sesuatu yang tidak kena).
Menurut laman web Downdetector, banyak laporan tentang keadaan itu dilaporkan dari seluruh dunia.
Twitter setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
#Twitter #media sosial #tiada perkhidmatan #gagal diakses #gangguan teknikal