awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter lancar dasar terhadap 'ucapan ganas'

Bernama
Bernama
01/03/2023
03:00 MYT
Twitter lancar dasar terhadap 'ucapan ganas'
Twitter menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat beberapa perubahan pada dasar mengenai kandungan ganas dan bahasa yang serupa. -Gambar fail/Reuters
TWITTER pada Selasa mengumumkan bahawa ia melancarkan dasar terhadap "Ucapan Keganasan", lapor Agensi Anadolu.
Dalam ciapan di Twitter, syarikat itu menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat beberapa perubahan pada dasar mengenai kandungan ganas dan bahasa yang serupa.
"Hari ini, kami secara rasmi melancarkan dasar Ucapan Keganasan kami, yang melarang sebarang bentuk ancaman ganas, keinginan untuk mencederakan, mengagungkan keganasan dan hasutan," menurut ciapan itu.
Syarikat itu memaklumkan bahawa Twitter ialah platform untuk orang ramai meluahkan perasaan mereka, mempelajari tentang isu semasa dan membahaskan isu global.
"Bagaimanapun, perkongsian yang sihat tidak dapat berkembang apabila ucapan ganas digunakan untuk menyampaikan mesej.
"Oleh itu, kami mempunyai dasar toleransi sifar terhadap ucapan ganas bagi memastikan keselamatan pengguna dan mencegah tindakan ganas dinormalisasi.
"Twitter menggunakan pendekatan sifar toleransi terhadap 'Ucapan Keganasan' dan dalam kebanyakan kes, kami akan menggantung mana-mana akaun yang melanggar dasar ini," menurut syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Twitter
#Ucapan Keganasan
#kandungan ganas
#ancaman ganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan