Twitter sekali lagi sekat akaun penyanyi Kanye West

Bernama
Disember 2, 2022 07:38 MYT
Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye dilaporkan telah memuat naik naik imej yang memaparkan simbol swastika Nazi, lapor Sputnik memetik Daily Mail. - Sumber foto Evan Agostini/Invision/AFP
MOSCOW: Twitter sekali lagi menyekat akaun Twitter penyanyi rap, Kanye West kerana gagal mematuhi peraturan mengenai hasutan keganasan.
Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye dilaporkan telah memuat naik naik imej yang memaparkan simbol swastika Nazi, lapor Sputnik memetik Daily Mail.
"Saya telah cuba sedaya upaya. Namun, dia (Ye) sekali lagi melanggar peraturan kami mengenai hasutan keganasan... akaun akan digantung," ciap pemilik Twitter Elon Musk

I tried my best. Despite that, he again violated our rule against incitement to violence. Account will be suspended.

— Elon Musk (@elonmusk) December 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Khamis, penyanyi itu membuat satu lagi kenyataan kontroversi menyatakan beliau suka kepada pemimpin Nazi Adolf Hitler dan menyayangi Nazi selepas tuduhan anti-Semitism terhadapnya baru-baru ini.
Pada Oktober, Twitter menyekat akaun Ye namun, sekatan telah ditarik balik sebelum Musk membeli Twitter.
- BERNAMA
#Twitter Kanye West #Elon Musk #akaun Twitter Kanye West #penyanyi rap Kanye West