[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

U Win Myint dipilih sebagai Presiden baharu Myanmar

Bernama 28/03/2018 | 08:43 MYT
U Win Myint meninggalkan satu mesyuarat Parlimen di Naypyitaw, Myanmar, 11 Mac, 2016. REUTERS / Fail
U Win Myint, bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, telah dipilih sebagai presiden baharu Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Parlimen Kesatuan.
Parlimen Kesatuan telah menjalankan pemilihan presiden baharu Myanmar bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan selepas U Htin Kyaw mengumumkan peletakan jawatan itu pada minggu lepas atas alasan kesihatan.
-- BERNAMA
#letak jawatan #Myanmar #presiden #U Htin Kyaw #U Win Myint