DUNIA
UAE beri amaran peningkatan risiko curi data di stesen mengecaj awam
Menurut Majlis Keselamatan Siber UAE, pengabaian langkah asas keselamatan siber boleh mengakibatkan data dan kata laluan dicuri, atau membenarkan perisian hasad dipasang pada telefon tanpa disedari pengguna. - Gambar hiasan
ABU DHABI: Majlis Keselamatan Siber Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi amaran bahawa pengguna yang mengecas peranti di port mengecas awam berisiko mendedahkan data peribadi mereka kepada penggodam, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Emiriah (WAM) pada Ahad.
Menurut WAM, majlis itu berkata sebanyak 79 peratus pengembara yang menggunakan port mengecas awam dipercayai berdepan potensi pencerobohan data kerana sesetengah port mungkin mengandungi perisian hasad atau sistem tersembunyi yang membolehkan serangan "juice jacking".
Serangan itu mengeksploitasi protokol pemindahan media atau imej yang diaktifkan secara automatik apabila peranti disambungkan.
Majlis itu berkata pengabaian langkah asas keselamatan siber boleh mengakibatkan data dan kata laluan dicuri, atau membenarkan perisian hasad dipasang pada telefon tanpa disedari pengguna.
Menurut WAM, majlis itu turut menyenaraikan beberapa tanda peranti mungkin telah digodam termasuk bateri yang cepat habis, prestasi aplikasi yang perlahan, sistem kerap tergendala serta kewujudan ikon atau mesej asing pada skrin.
-- BERNAMA