DUNIA
UAE lancar perkhidmatan kereta api penumpang pertama menjelang 2026

Etihad Rail kini sedang membina rangkaian kereta api nasional yang akan diintegrasikan dengan negara-negara Teluk lain. - Gambar/ Etihad Rail
DUBAI: Perkhidmatan kereta api penumpang pertama di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Etihad Rail akan mula beroperasi pada 2026 dengan stesen pertama terletak di Abu Dhabi, Dubai, Sharjah dan Fujairah, menurut Pejabat Media Dubai.
Ringkasan AI
- Perkhidmatan kereta api penumpang pertama UAE, Etihad Rail, dijangka mula beroperasi pada 2026 dengan stesen utama di Abu Dhabi, Dubai, Sharjah dan Fujairah. Kereta api ini mampu membawa sehingga 400 penumpang dan beroperasi pada kelajuan maksimum 200 kilometer sejam.
- Menjelang 2030, perkhidmatan ini dijangka digunakan oleh 36.5 juta penumpang. Etihad Rail kini sedang membina rangkaian kereta api nasional yang akan diintegrasikan dengan negara-negara Teluk lain.
- Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, telah melakukan lawatan pemeriksaan ke laluan kereta api dari Dubai ke Fujairah, menandakan fasa penting dalam pembangunan dan operasi rangkaian kereta api nasional UAE.
Kereta api dengan kapasiti sehingga 400 penumpang itu akan beroperasi pada kelajuan maksimum 200 kilometer sejam.
Menjelang 2030, jumlah penumpang yang dijangka menggunakan perkhidmatan ini mencecah 36.5 juta orang.
Etihad Rail kini dalam proses membina rangkaian kereta api nasional di UAE, yang kemudiannya akan diintegrasikan dengan negara-negara Teluk lain.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami