awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE peruntuk AS$7 juta tangani kebuluran di Sudan, Sudan Selatan

Bernama
Bernama
01/09/2024
11:20 MYT
UAE peruntuk AS$7 juta tangani kebuluran di Sudan, Sudan Selatan
Kira-kira 17.7 juta orang di Sudan dan 7.1 juta orang di Sudan Selatan menghadapi masalah kekurangan makanan. - Reuters
DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani perjanjian dengan UNICEF untuk memperuntukkan AS$7 juta bagi menyediakan bantuan makanan kecemasan berikutan krisis di Sudan, lapor Sputnik.
Menurut Agensi Berita Emirates, daripada jumlah itu, AS$6 juta diperuntukkan untuk Sudan dan AS$1 juta untuk Sudan Selatan.
Kira-kira 17.7 juta orang di Sudan dan 7.1 juta orang di Sudan Selatan menghadapi masalah kekurangan makanan.
Terdahulu, Kementerian Luar UAE berkata negara itu telah menyalurkan 70 peratus daripada komitmen AS$100 juta yang dijanjikan semasa persidangan antarabangsa pada April lepas untuk membantu Sudan dan negara jiran.
Selain daripada Program Makanan Sedunia (WFP), dana itu juga disalurkan kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).
Sejak 15 April 2023, Sudan berdepan krisis akibat pertempuran antara angkatan tentera negara itu dan Rapid Response Force (RRF) yang diketuai Mohamed Hamdan Daglo.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyatakan bahawa pertempuran berterusan di negara itu boleh mengakibatkan wabak penyakit dan sistem penjagaan kesihatan lumpuh yang boleh membawa maut.
Menurut PBB, lebih 8.2 juta orang di Sudan telah meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran itu dengan kira-kira 1.7 juta orang telah melarikan diri ke negara jiran.
Menteri Kesihatan Sudan Haysam Mohammed Ibrahim memberitahu Sputnik bahawa lebih 13,000 orang telah terbunuh dan lebih 30,000 lagi cedera dalam tempoh setahun konflik bersenjata di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebuluran
#Sudan
#sudan selatan
#UAE
#Emiriah Arab Bersatu
#peruntukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan