DUNIA
UAE tarik keluar baki pasukan dari Yaman selepas krisis dengan Arab Saudi
Asap kelihatan selepas serangan udara oleh gabungan diketuai Arab Saudi yang menyasarkan apa yang didakwa sebagai sokongan ketenteraan asing kepada kumpulan pemisah selatan yang disokong UAE, di pelabuhan Mukalla, Yaman pada Selasa. - Gambar Reuters
YAMAN: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan akan menarik keluar baki pasukannya dari Yaman selepas Arab Saudi menyokong gesaan supaya UAE berundur dalam tempoh 24 jam, sekali gus mencetuskan krisis besar antara dua kuasa Teluk dan pengeluar minyak utama.
Beberapa jam sebelum pengumuman itu, pasukan gabungan diketuai Saudi melancarkan serangan udara ke atas pelabuhan Mukalla di selatan Yaman.
Riyadh mendakwa, serangan itu menyasarkan penghantaran senjata yang dikaitkan dengan UAE, menjadikannya eskalasi paling serius setakat ini dalam pertelingkahan antara dua negara beraja Teluk tersebut.
Di Washington, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memaklumkan, Setiausaha Negara, Marco Rubio telah berbincang dengan Menteri Luar Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, mengenai ketegangan di Yaman dan isu keselamatan serantau.
Kedua-dua negara yang sebelum ini menjadi tonggak keselamatan Teluk kini berbeza pendirian dalam pelbagai isu termasuk kuota minyak dan pengaruh geopolitik.
Kementerian Pertahanan UAE menjelaskan, pihaknya secara sukarela menamatkan misi unit antikeganasan di Yaman, iaitu satu-satunya pasukan yang masih berada di sana selepas UAE menamatkan kehadiran ketenteraan pada 2019.
Misi itu sebelum ini terhad kepada “personel khusus sebagai sebahagian usaha antikeganasan bersama rakan antarabangsa.”
Menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita WAM, perkembangan terkini mendorong UAE membuat penilaian semula secara menyeluruh.
Perbezaan kepentingan UAE dan Saudi di Yaman semakin ketara
Arab Saudi sebelum ini menuduh UAE memberi tekanan kepada Majlis Peralihan Selatan (STC) untuk mara ke sempadan kerajaan, sambil mengisytiharkan keselamatan negara sebagai “garisan merah.”
Ia adalah kenyataan paling keras Riyadh dalam krisis yang semakin meruncing antara kedua-dua negara yang pernah bekerjasama menentang kumpulan Houthi yang disokong Iran.
Pengunduran baki pasukan UAE dijangka meredakan ketegangan buat sementara, namun persoalan utama ialah sama ada UAE akan terus menyokong STC.
Riyadh pula kekal menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa melalui gabungan yang diketuainya dan berharap UAE menghentikan semua bantuan ketenteraan atau kewangan kepada STC.
Gabungan itu turut mengebom sebuah dok yang didakwa digunakan untuk menerima sokongan ketenteraan asing kepada kumpulan pemisah.
Ketua Majlis Presiden Yaman yang disokong Saudi, Rashad al-Alimi, memberi tempoh 24 jam kepada pasukan Emirat untuk berundur.
UAE menyatakan terkejut dengan serangan udara tersebut, menegaskan penghantaran yang disasarkan tidak mengandungi senjata dan ditujukan kepada pasukan Emirat sendiri.
Bagaimanapun, UAE menekankan komitmen mencari penyelesaian “yang mengelak eskalasi, berdasarkan fakta sahih dan koordinasi sedia ada.”
Dalam ucapan televisyen, Alimi mendakwa “telah disahkan UAE memberi tekanan dan mengarahkan STC untuk mencabar serta memberontak terhadap autoriti kerajaan melalui eskalasi ketenteraan”, menurut agensi berita rasmi Yaman.
Arab Saudi dan UAE adalah pemain utama dalam kumpulan OPEC dan sebarang perbalahan antara mereka boleh menjejaskan konsensus pengeluaran minyak.
Mereka bersama enam lagi anggota OPEC+ dijadual bermesyuarat secara dalam talian Ahad ini, dengan jangkaan mengekalkan dasar pengeluaran suku pertama.
Indeks saham utama di Teluk dilaporkan jatuh susulan ketegangan tersebut. - Agensi