awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubat antimalaria baharu diperkenal selepas 25 tahun, catat penyembuhan lebih 97 peratus

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2025
05:30 MYT
Ubat antimalaria baharu diperkenal selepas 25 tahun, catat penyembuhan lebih 97 peratus
Ujian klinikal menunjukkan GanLum mencapai keberkesanan sehingga 99.2 peratus dalam beberapa penilaian, memberi harapan dalam mengatasi parasit yang tahan terhadap rawatan sedia ada. -Foto Reuters
TORONTO: Para saintis membangunkan ubat antimalaria baharu pertama dalam tempoh 25 tahun dikenali sebagai GanLum, hasil penyelidikan syarikat farmaseutikal Novartis yang berpangkalan di Basel, Switzerland.

Ringkasan AI
  • Ubat antimalaria GanLum dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Novartis, bertujuan mengganggu sistem pengangkutan protein parasit malaria untuk merawat penyakit tersebut.
  • Ujian klinikal menunjukkan GanLum mencapai keberkesanan sehingga 99.2 peratus dalam beberapa penilaian, memberi harapan dalam mengatasi parasit yang tahan terhadap rawatan sedia ada.
  • GanLum dianggap sebagai kemajuan penting dalam rawatan malaria dan dijangka tersedia dalam masa 12 hingga 18 bulan, membawa impak positif dalam usaha global membanteras penyakit tersebut yang masih menjadi punca utama kematian di banyak negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ubat ini berfungsi dengan mengganggu sistem pengangkutan protein dalaman parasit malaria, mekanisme penting bagi kelangsungan hidup parasit dalam darah manusia.
Menurut Ketua Pembangunan Kesihatan Global Novartis, Dr Sujata Vaidyanathan, GanLum bukan sahaja berpotensi merawat malaria, malah mampu mengatasi parasit yang menunjukkan ketahanan terhadap rawatan sedia ada serta menyekat penularan penyakit tersebut.
“Keberkesanan GanLum dalam ujian klinikal melibatkan 1,700 peserta di 34 lokasi merentasi 12 negara Afrika menunjukkan pencapaian sehingga 99.2 peratus dalam sesetengah penilaian,” katanya ketika membentangkan dapatan kajian di persidangan kesihatan global di Toronto.
GanLum menggabungkan ganaplacide dan lumefantrine, satu formulasi baharu yang mewakili kelas rawatan anti-malaria terkini dan dijangka tersedia dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, tertakluk kelulusan pihak berkuasa farmaseutikal antarabangsa.
Malaria kekal sebagai punca utama kematian di banyak negara membangun, dengan hampir 600,000 kematian setiap tahun, kebanyakannya melibatkan kanak-kanak.
Pakar kesihatan awam menyifatkan GanLum sebagai kemajuan terbesar dalam rawatan malaria sejak beberapa dekad lalu dan satu langkah penting dalam usaha global membanteras penyakit tersebut.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang membezakan ubat antimalaria GanLum dengan rawatan sedia ada? A: GanLum mengganggu sistem pengangkutan protein dalaman parasit malaria yang penting untuk kelangsungan hidup parasit dalam darah manusia, serta mampu mengatasi parasit yang menunjukkan ketahanan terhadap rawatan sedia ada.
  • Q: Berapakah keberkesanan GanLum dalam ujian klinikal yang dilakukan? A: Keberkesanan GanLum dalam ujian klinikal melibatkan 1,700 peserta di 34 lokasi merentasi 12 negara Afrika menunjukkan pencapaian sehingga 99.2 peratus dalam sesetengah penilaian.
  • Q: Berapakah anggaran tempoh sebelum GanLum dijangka akan tersedia untuk digunakan? A: GanLum dijangka akan tersedia dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, tertakluk kelulusan pihak berkuasa farmaseutikal antarabangsa.
  • Q: Mengapa GanLum dianggap sebagai kemajuan terbesar dalam rawatan malaria dalam beberapa dekad? A: Pakar kesihatan awam menyifatkan GanLum sebagai kemajuan terbesar dalam rawatan malaria sejak beberapa dekad lalu kerana keberkesanannya dan kepentingannya dalam usaha global membanteras penyakit tersebut.

Topic Berkaitan
#Ubat antimalaria
#GanLum
#Novartis
#sistem pengangkutan protein
#Dr Sujata Vaidyanathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan