INTERNATIONAL

Ucapan 'selamat nyoblos', 'jangan golput' trending di media sosial

Azyyati Ahmad 09/04/2014 | 04:02 MYT
Hari ini merupakan pesta meraikan demokrasi bagi rakyat Indonesia menerusi pemilihan umum 2014 atau lebih dikenali dengan PEMILU.

Ribuan ucapan ‘selamat nyoblos’ atau ‘selamat mencoblos’ membanjiri media sosial negara jiran.

Nyoblos atau coblos membawa maksud cucuk iaitu sama maksudnya dengan ‘selamat memangkah undi’.

Jika di Malaysia, kita mengundi calon yang dipilih dengan penggunaan dakwat kekal, namun di Indonesia mereka menggunakan paku atau pen untuk menebuk calon parti di kertas undi.

Nyoblos

Sinonim dengan ucapan ‘selamat nyoblos’, mereka juga berpesan agar jangan ‘golput’, iaitu golongan yang tidak mahu mengundi walaupun mempunyai hak untuk berbuat demikian.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Senario pesta demokrasi Indonesia ini sekali lagi diadakan hari ini, bagi peringkat parlimen sementara pemilihan peringkat Presiden akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Nyoblos

Rakyat Indonesia secara serentak akan memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah.

Ini merupakan kali keempat Indonesia PEMILU dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak kembali ke sistem demokrasi selepas 32 tahun dikuasai satu parti sahaja.

Bagi rakyat Indonesia yang tinggal di luar negara termasuk di Malaysia, mereka sudah pun menunaikan tanggungjawab masing-masing, dari 30 Mac hingga 6 April lepas.

Keputusan pengiraan segera PEMILU kali ini adalah dari 10 hingga 15 April, manakala KPU dijangka mengumumkan keputusan rasmi PEMILU 2014 dari 7 hingga 9 Mei.
#coblos #Nyoblos #pemilu 2014