[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Uganda mula bawa keluar rakyatnya dari Iran

Bernama 19/06/2025 | 22:15 MYT
Keadaan sebuah bangunan yang musnah susulan serangan Israel di Tehran. - Gambar fail/REUTERS
KAMPALA: Kementerian Luar Uganda mengumumkan, proses membawa keluar rakyatnya dari Iran telah dimulakan susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Rabu, kementerian itu memaklumkan, pihaknya bekerjasama rapat dengan kedutaannya serta kerajaan Iran dan Israel bagi memastikan pemindahan rakyat Uganda yang terjejas dapat dilakukan dengan selamat dan terjamin.
"Kementerian sedang melakukan segala yang termampu bagi memastikan semua rakyat Uganda yang terkandas diberi kemudahan pengangkutan keluar dari kawasan terjejas dengan selamat," menurut Kementerian Luar Uganda.
"Kami telah berkomunikasi dengan kerajaan negara-negara yang bersempadan dengan Iran dan Israel, termasuk Turkiye, Azerbaijan dan Jordan, supaya rakyat Uganda yang dipindahkan diberikan visa ketibaan secara percuma," tambahnya.
Setakat ini, seramai 48 rakyat Uganda sedang dipindahkan secara selamat dari Tehran, ibu negara Iran, menurut Kementerian Luar Uganda.
-- BERNAMA
#Konflik Iran-Israel #rakyat Uganda #Kementerian Luar Uganda #Israel serang Iran