awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian gagal, Australia batal tempahan vaksin oleh Universiti Queensland & CSL Ltd

Reuters
Reuters
17/12/2020
02:40 MYT
Ujian gagal, Australia batal tempahan vaksin oleh Universiti Queensland & CSL Ltd
University of Queensland dan CSL Ltd. membatalkan ujian percubaan mereka terhadap vaksin COVID-19 Australia setelah penerima menghasilkan antibodi HIV semasa percubaan fasa 1. -Gambar fail
UNIVERSITY of Queensland dan CSL Ltd membatalkan ujian percubaan mereka terhadap vaksin COVID-19 Australia setelah penerima menghasilkan antibodi HIV semasa percubaan fasa 1.
Tindak balas itu bermaksud antibodi yang dihasilkan oleh vaksin boleh mengganggu ujian diagnostik HIV.
Satu daripada empat penerima vaksin didapati menunjukkan ujian positif yang palsu apabila diuji untuk HIV.
Namun, kata kedua pihak itu, tiada kemungkinan vaksin menyebabkan jangkitan dan ujian lanjut mengesahkan tiada virus HIV dikesan.
Walaupun vaksin telah menimbulkan tindak balas imun yang "kuat" terhadap virus SARS-COV-2 tanpa kesan buruk yang serius dalam percubaan tahap 1 dengan 216 peserta, perancangan semula penambahbaikan boleh mengambil masa 12 bulan lagi, kata mereka.
CSL dan kerajaan Australia bersama-sama memutuskan untuk menghentikan percubaan Fasa 2 dan Fasa 3.
CSL yang mempunyai kontrak menghasilkan 51 juta dos bersama Universiti Queensland selepas ini akan memfokuskan penghasillan 20 juta dos vaksin AstraZeneca yang dibangunkan Oxford.
Pada Rabu, Australia membatalkan tempahan 51 juta dos vaksin COVID-19 dibangunkan oleh CSL Ltd dan University of Queensland selepas ujian percubaan klinikal berdepan kesukaran.
Kerajaan negara itu, dalam satu kenyataan, turut mengumumkan akan menggantikan sebahagian besar dos vaksin dibangunkan CSL itu dengan menambah kuota pembelian vaksin syarikat lain.
Australia juga sudah membuat tempahan tambahan 20 juta dos vaksin daripada University of Oxford dan AstraZeneca Plc selain 11 juta lagi dos daripada Novavax Inc.
Menteri Kesihatannya, Greg Hunt, berkata biarpun tanpa dos vaksin CSL, lebih 140 juta dos vaksin lain akan tersedia di Australia.
Kegagalan CSL itu secara tidak langsung membuktikan bahawa biarpun terdapat kemajuan besar oleh Pfizer Inc dan Moderna Inc dalam menghasilkan inokulasi, usaha mencari vaksin yang berkesan masih lagi sukar.
Topic Berkaitan
#University of Queensland
#CSL Ltd
#HIV
#Australia
#virus
#COVID-19
#palsu
#SARS-COV-2
#AstraZeneca
#Oxford
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan