Tindakan Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiga minggu ini jelas satu perbuatan provokasi.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata dunia sepatutnya terpanggil untuk menyelesaikan masalah Pyongyang itu.

Dalam sidang media di Washington, Kerry berkata amaran keras wajar diberikan kepada negara komunis itu kerana tindakannya yang secara terang-terangan melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu, PBB.

Kerry sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon.

Pada Selasa Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga sekali gus mengundang kecaman antarabangsa.

Ujian dilihat Pyongyang melangkah setapak lagi untuk membina senjata nuklear.