awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
[TERKINI] BN pertahan DUN Lamag, Kinabatangan menang majoriti besar
Iran tolak tekanan asing berhubung rusuhan, kata utusan ke PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian penerbangan ke-10 roket Starship ditangguh sebelum pelancaran

Bernama
Bernama
25/08/2025
04:50 MYT
Ujian penerbangan ke-10 roket Starship ditangguh sebelum pelancaran
Kapal angkasa Starship milik SpaceX bersedia di tapak pelancaran sebelum ujian penerbangan ke-10 yang dijadualkan, di kompleks syarikat itu di Starbase, Texas, Amerika Syarikat, pada Ahad. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Ujian penerbangan ke-10 roket Starship keluaran SpaceX yang dijadualkan pada Ahad terpaksa ditangguhkan sejurus sebelum pelancaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Ujian penerbangan ke-10 Starship hari ini ditangguhkan bagi memberi ruang menyelesaikan isu pada sistem darat," menurut kenyataan SpaceX yang diketuai Elon Musk di platform X.
SpaceX tidak memberikan butiran lanjut mahupun tarikh baharu ujian.
Starship, sistem roket terbesar pernah dibina sepatutnya dilancarkan dari pelabuhan angkasa syarikat itu di Texas, Amerika Syarikat bagi ujian penerbangan selama kira-kira sejam.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berharap untuk menggunakan Starship bagi menghantar angkasawan ke Bulan, manakala Musk menyasarkan untuk membolehkan manusia sampai ke Marikh.
Sistem itu kali pertama diuji pada April 2023, namun meletup beberapa minit selepas berlepas.
Ujian-ujian seterusnya menyaksikan peringkat atas mencapai angkasa dan mendarat secara terkawal di Lautan Hindi.
Bagaimanapun, beberapa penerbangan ujian baru-baru ini tidak mencapai jangkaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roket Starship
#SpaceX
#NASA
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan