awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK ada undang-undang membolehkan daging anjing dimakan. Itu mahu diubah!

Agensi
Agensi
08/08/2018
08:32 MYT
UK ada undang-undang membolehkan daging anjing dimakan. Itu mahu diubah!
Dr Cameron mahu satu undang-undang yang mengharamkan perbuatan memakan daging anjing diluluskan secepat mungkin. - Gambar hiasan
Undang-undang United Kingdom (UK) menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh membeli atau menjual daging anjing, namun jika seseorang itu mengakhiri nyawa anjing yang dimilikinya secara 'berhemah dan tertib', daging anjing itu boleh dimakan.
Portal berita BBC melaporkan, terdapat desakan untuk melarang terus perkara itu, termasuk daripada Ahli Parlimen SNP Dr Lisa Cameron yang percaya orang awam juga akan menyokong pengharaman itu.
Bagaimanapun, seorang jurucakap perdana menteri berkata, UK mempunyai salah satu standard kebajikan haiwan yang tertinggi di dunia dan ‘akan mengekalkan undang-undang’ itu.
Dr Cameron juga merupakan Pengerusi Kumpulan Kebajikan Perundingan bagi Anjing di Parlimen.
Cameron dalam satu wawancara menegaskan, dia mahu satu undang-undang yang mengharamkan perbuatan memakan daging anjing diluluskan secepat mungkin.
“Saya pasti tiada pihak dalam Parlimen yang akan menentang usul itu,” ujarnya.
Desakan larangan itu turut disokong Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Konservatif Sir Alan Duncan.
Dr Cameron memberitahu, pengambilan daging anjing sebagai makanan manusia semakin meningkat di UK.
Meskipun orgnaisasi kebajikan haiwan di negara itu tidak mempunyai bukti mengenainya, mereka juga mahu undang-undang itu diluluskan segera.
Sesetengah rakyat di negara-negara Asia menjadikan daging aning sebagai sebahagian daripada diet mereka. Amalan itu juga berlaku di Switzerland, walaupun ia terjadi secara terpencil.
Organisasi haiwan mendakwa, sesetengah anjing yang dimakan di negara-negara lain adalah haiwan peliharaan yang dicuri, dikurung dengan zalim dalam kandang dan diseksa sebelum ia dibunuh.
Topic Berkaitan
#anjing
#daging anjing
#makanan manusia
#undang-undang
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan