UK dakwa terdapat bukti kukuh wujud buruh paksa di Xinjiang, China

Saraya Mia
Disember 16, 2020 16:08 MYT
Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan import kapas daripada sebuah organisasi China yang dipercayai menggunakan kakitangan banduan Uighur Islam. - Gambar fail/AP
TERDAPAT bukti yang kukuh wujudnya buruh paksa dalam kalangan etnik Uighur Islam di wilayah Xinjiang di China, dakwa kerajaan Britain.
“Bukti adanya buruh paksa dalam kalangan pekerja Uighur di Xinjiang dan serata negara adalah cukup kukuh, dan ia (bukti) yang sedang menyusul ini menyebabkan kerisauan terhadap kerajaan United Kingdom (UK),” kata menteri pegawai luar, Nigel Adams ketika sesi perbahasan di parlimen.
Kenyataan itu adalah respons terhadap satu laporan agensi berita nasional BBC yang mendakwa terdapat beberapa jenama fesyen yang telah memperoleh bahan kapas melibatkan wilayah tersebut.
Awal bulan Disember, Amerika Syarikat (AS) telah mengharamkan import kapas daripada sebuah organisasi China yang dipercayai menggunakan kakitangan banduan Uighur Islam.
Tambah Adam, firma-firma negara itu seharusnya memastikan rantaian bekalan bebas daripada buruh paksa.
#Britain #Uighur #China #Xinjiang #buruh paksa #United Kingdom #Nigel Adams