UK dilitupi salji tebal

Agensi
Disember 10, 2017 21:44 MYT
Keadaan dijangka akan bertambah buruk pada waktu malam dengan amaran kuning dikeluarkan di selatan England, Wales, Ireland Utara dan Scotland (foto: AP Wire)
Salji tebal melanda selatan dan utara United Kingdom, mengakibatkan gangguan kepada perjalanan udara dan darat.
Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Brecon, Wales dengan salji direkodkan setinggi 30cm.
Keadaan dijangka akan bertambah buruk pada waktu malam dengan amaran kuning dikeluarkan di selatan England, Wales, Ireland Utara dan Scotland.
Menurut laporan BBC, beratus sekolah akan ditutup di sekitar England dan Wales.
Penerbangan di lapangan terbang utama termasuk Heathrow dilaporkan mengalamai kelewatan dengan pesawat terpaksa dinyahais.
#England #penerbangan #pesawat #salji #Scotland #sekolah #United Kingdom