awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK gesa Israel benarkan bantuan masuk ke Gaza

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2024
00:30 MYT
UK gesa Israel benarkan bantuan masuk ke Gaza
Kemusnahan yang dilihat di perkarangan Hospital Al Aqsa susulan serangan Israel di Deir al-Balah, Semenanjung Gaza. - Foto AP
LONDON: United Kingdom (UK) menggesa Israel untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza dan patuh kepada undang-undang antarabangsa.
Setiausaha luarnya, David Lammy menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, gesaan itu dibuat memandangkan situasi kemanusiaan di Gaza Utara dinilai semakin parah.
Katanya lagi, ia susulan akses kepada perkhidmatan asas terus merosot, selain laporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyebut hampir tiada bekalan makanan yang masuk dalam tempoh dua minggu terakhir.
Tegas Lammy, Israel harus memastikan keselamatan penduduk awam dan membuka laluan untuk membolehkan bantuan kecemasan disalurkan.
Tambahnya, UK bersama Perancis dan Algeria turut mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB pada Rabu bagi membincangkan isu ini.
Meskipun konflik berterusan, semua pihak terikat dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Sehubungan itu, UK juga membuat keputusan sukar bulan lalu untuk menggantung lesen eksport ke Israel yang berpotensi digunakan dalam operasi ketenteraan di Gaza.
Bagaimanapun menurut Lammy lagi, sokongan UK terhadap keselamatan Israel tidak berubah.
Justeru beliau bersama komuniti antarabangsa menyeru agar gencatan senjata segera dicapai bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan masuk selain dapat membebaskan baki tebusan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UK
#Israel
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan