Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

UK hantar kapal, pesawat sebagai sokongan kepada Israel

Agensi 12/10/2023 | 21:20 MYT
Kerajaan United Kingdom menggerakkan dua buah kapal Tentera Laut Diraja ke Mediterranean Timur untuk menyokong Israel dalam berhadapan konflik dengan Palestin. - Gambar Facebook Royal Navy
KERAJAAN United Kingdom (UK) menggerakkan aset perang iaitu pesawat pengawasan, helikopter dan dua buah kapal Tentera Laut Diraja ke Mediterranean Timur untuk menyokong Israel.

Pesawat-pesawat berkenaan akan memulakan rondaan pada esok untuk "menjejaki ancaman terhadap kestabilan serantau seperti pemindahan senjata kepada kumpulan-kumpulan pengganas".

Menurut laporan BBC News, Perdana Menteri UK, Rishi Sunak berkata: "Kita mesti memastikan jenis adegan yang mengerikan yang telah kita saksikan minggu ini tidak akan berulang."

"Aset-aset ketenteraan itu akan bersiap sedia untuk menawarkan sokongan secara praktikal kepada Israel," katanya pada Khamis. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #UK hantar pesawat #Perdana Menteri Rishi Sunak #UK sokong Israel