Skip to main content

Dunia

UK haramkan jual rokok kepada individu lahir pada 2009 dan berikutnya - Parlimen

71718366658_SMOKING.jpg
UK menjadi negara pertama yang mengenakan larangan merokok ke atas seluruh generasi. - Gambar hiasan

MOSCOW: Parlimen United Kingdom (UK) meluluskan pada Selasa rang undang-undang yang melarang penjualan rokok kepada individu yang lahir pada 1 Jan 2009 dan berikutnya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Pertuanan pada Isnin selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Advertisement

Undang-undang berkenaan akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan rasmi Raja Charles, menjadikan UK sebagai negara pertama yang mengenakan larangan merokok ke atas seluruh generasi.

"Ia ialah rang undang-undang penting. Ia akan mewujudkan generasi bebas asap rokok," kata Menteri Kesihatan UK Gillian Merron.

Ini ialah campur tangan kesihatan awam yang paling penting dalam seumur hidup generasi ini, tambahnya.

Rang undang-undang tersebut juga membenarkan kerajaan untuk memperluas kuasa bagi mengawal selia industri tembakau dan rokok elektronik (vape).

Secara khususnya, menteri akan mempunyai kuasa yang diperluas untuk mengawal selia pembungkusan produk dan menentukan tahap dan perisa nikotin yang dibenarkan. 

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video