DUNIA
UK perlu semak semula tafsiran undang-undang antarabangsa berhubung migrasi - Starmer
Starmer berkata tafsiran mahkamah UK terhadap undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah perlu dikaji semula. - Gambar/ Reuters
LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer berkata UK perlu menyemak semula cara undang-undang antarabangsa ditafsir ketika menangani isu migrasi besar-besaran, lapor PA Media/dpa.
Ringkasan AI
Beliau berkata tafsiran mahkamah UK terhadap undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah perlu dikaji semula.
"Kita perlu melihat semula tafsiran beberapa peruntukan ini, bukan menghapuskannya," katanya kepada BBC.
Kenyataan itu dibuat selepas ucapan Setiausaha Dalam Negeri Shabana Mahmood pada persidangan Parti Buruh, yang mengumumkan rancangan mengetatkan syarat untuk pendatang memohon taraf pemastautin tetap. Antara syarat itu termasuk fasih berbahasa Inggeris, mempunyai rekod jenayah bersih dan membuktikan sumbangan kepada masyarakat.
Starmer memberitahu BBC Radio 4 bahawa banyak negara kini berdepan "migrasi besar-besaran dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini."
Beliau menegaskan mereka yang benar-benar melarikan diri daripada penganiayaan tetap perlu diberi suaka, sebagai tindakan berperikemanusiaan.
Dalam masa sama, Starmer menyerang dasar imigresen Parti Reform pimpinan Nigel Farage, yang mahu menarik balik hak menetap sesetengah pendatang sah. Beliau menyifatkan dasar itu "bersifat perkauman" dan "tidak bermoral", tetapi menegaskan Farage dan penyokongnya bukan perkauman, sebaliknya bimbang mengenai isu sempadan dan perubahan yang perlahan.
Starmer berkata pelan Reform itu akan memecahbelahkan negara kerana ia membolehkan pendatang sah dihantar pulang.
Beliau juga menyifatkan Farage sebagai seorang "ahli politik berkaliber", tetapi berkata dasar partinya membuat kaum minoriti di UK berasa terancam.
Persidangan Parti Buruh akan berakhir Rabu dengan ucapan oleh Setiausaha Alam Sekitar Emma Reynolds dan Setiausaha Tenaga Ed Miliband.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Keir Starmer menyatakan keperluan menyemak semula tafsiran undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah dalam menangani migrasi besar-besaran, namun menegaskan tidak bercadang menghapuskan peruntukan tersebut.
- Beliau menyokong pemberian suaka kepada pelarian sebenar atas dasar perikemanusiaan, dan mengkritik dasar imigresen Parti Reform pimpinan Nigel Farage yang disifatkan sebagai tidak bermoral serta berpotensi memecahbelahkan negara.
- Parti Buruh merancang mengetatkan syarat pemastautin tetap termasuk keperluan fasih berbahasa Inggeris, rekod jenayah bersih dan sumbangan kepada masyarakat; persidangan parti dijadual berakhir dengan ucapan oleh Emma Reynolds dan Ed Miliband.